Pemandu Pajero terperangkap dihanyutkan kepala air

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG pemandu kenderaan pacuan empat roda nyaris maut selepas kenderaannya hanyut dibawa arus deras di sungai Teratak Riverview dekat Tanjung Malim.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang hari Sabtu itu, mangsa sedang mencuci Mitsubishi Pajero miliknya di tepi sungai berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superitendan Mohd. Hasni Mohd Nasir, selesai mencuci kenderaan terbabit tersangkut di sungai dan pada yang sama hujan lebat di hulu sungai menyebabkan air deras.

"Pemandu terbabit meninggalkan kenderaannya dan Pajero tersebut dihanyutkan air deras sejauh kira-kira 10 meter."

Pancuan empat roda itu bagaimanapun berjaya naik kembali dengan bantuan rakan-rakan pemandu terbabit," katanya.

Mohd Hasni berkata, pemandu terbabit ke lokasi kejadian untuk berkelah bersama keluarganya.

Katanya tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dan ketika kenderaan terbabit hanyut, isteri dan anak-anak pemandu berada di tapak perkhemahan.