Kereta itu dipercayai dalam perjalanan dari Kajang menghala ke Plaza Tol Lekas sebelum melanggar motosikal Modenas tersebut dari belakang pada jam 1.15 pagi semalam.
Saksi kejadian berkata kereta itu dipandu dalam keadaan zig-zag selepas melepasi plaza tol sebelum melanggar motosikal mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata ujian alkohol mendapati pemandu mempunyai kandungan alkohol dalam badan melebihi dari paras yang dibenarkan.
Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Laporan lengkap di Berita Harian