Pemandu lori maut berkecai, nahas tujuh kenderaan

oleh Hamimah Hamid|
DUA pemandu lori maut dengan seorang daripadanya berkecai dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Kampung Tersusun Tekah, dekat Simpang Pulai pagi tadi.

Kemalangan yang melibatkan tiga lori dan empat kereta itu turut menyebabkan seorang pemandu patah tangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata,  kedua-dua mangsa yang maut merupakan pemandu lori membawa muatan gula pasir dan barangan logam.

 

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kejadian kira-kira jam 7.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta BBP Gopeng dihantar ke lokasi.

"Mangsa tersepit dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan anggota JBPM sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Sabarodzi, mangsa yang patah tangan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan.