Pemandu Ford Ranger langgar motosikal dinaiki 4 beranak didenda RM6,000

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang tular melanggar empat beranak ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Besraya, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Pereka grafik, Mohammad Harith Ismail, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Fatin Dayana Jalil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mahkamah memerintahkan dia dihukum penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut dan butiran kesalahan direkodkan pada lesen memandunya.

Menurut pertuduhan, lelaki itu yang memakai baju hitam, didakwa memandu kenderaan itu secara tidak cermat di Lebuhraya Besraya dari arah Sungai Besi ke Balakong di sini, pada jam 12.30 tengah hari, 12 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh juga dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, R Harvind memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan kerana tidak sengaja melakukan kesalahan tersebut.

“Saya bukan orang sini, jadi saya tidak arif dengan selok-belok jalan di lokasi kejadian.

“Saya juga tidak melarikan diri atau meninggalkan mangsa di situ, sebaliknya terus hantar mereka ke hospital bersama saksi,” katanya.

Majistret kemudiannya menasihati pesalah muda itu supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa memandu.

Pada Selasa, tular satu rakaman kamera papan pemuka kenderaan atau ‘dashcam’, memaparkan motosikal dinaiki dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba.

Hasil siasatan polis mendapati kesemua mangsa berusia lima hingga 34 tahun cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

- pentingnya dashcam, semua kenderaan dinasihatkan pasang satu depan dan belakang, senang jadi bukti dan boleh membantu bila terdapat kejadian seperti ini -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…