Pemandu di Afrika Selatan ditahan membawa 18 penumpang dalam kereta 5 tempat duduk!

oleh SALINA JALIL|
Afrika Selatan memegang rekod untuk teksi yang paling ramai penumpang yang dimuatkan dalam sejarah. Pemegang rekod adalah pada tahun 2009 di mana pemandu dari Khayelitsha di Cape Town berjaya membawa 112 penumpang dengan hanya menggunakan sebuah minivan yang hanya mempunyai tempat duduk maksimum sebanyak 26 penumpang sahaja.

Senario yang mengejutkan ini telah menjadi topik hangat di media sosial dan mendesak pihak berkuasa tempatan untuk menjadi lebih tegas dalam memastikan keselamatan orang ramai. Walau bagaimanapun dengan amaran berkali-kali dari pihak penguatkuasa lalu lintas untuk menghentikan amalan ini, banyak pemandu di Afrika Selatan masih berani melanggar undang-undang. Demikianlah juga pemandu ini, yang benar-benar cuba memampatkan 18 orang di dalam kereta yang hanya mempunyai 5 tempat duduk.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pegawai Penguatkuasa yang bertugas telah melihat sebuah kereta yang mencurigakan dan meminta penumpang kereta tersebut untuk keluar. Kejutan pertama adalah terdapat 11 penumpang di bahagian tempat duduk belakang termasuk seorang wanita dan seorang anak dan lima orang lelaki dalam bahagian boot.
Persoalannya sekarang, bagaimana mereka berjaya menyembunyikan diri?

 

teksi 2

 

Walaupun ia scenario yang kelihatan lucu tetapi pihak polis dijangka memanggil pemandu dan penumpang kerana mereka telah  mempertaruhkan keselamatan masing-masing!

 


JP Smith, ahli jawatankuasa untuk bahagian keselamatan dan perkhidmatan sosial di Afrika Selatan telah menyifatkan kejadian seperti ini sebagai "benar-benar mengejutkan" dan tidak boleh diterima. Dalam sesi wawancara, beliau berkata:

"Walaupun saya memahami bahawa terdapat tekanan yang besar terhadap sistem pengangkutan awam dan bagaimana orang ramai bergantung kepadanya sebagai pengangkutan awam tetapi tidak ada alasan untuk tingkah laku ini. Saya tidak sanggup memikirkan sekiranya kenderaan ini terlibat dalam kemalangan. Saya menyeru pemilik dan persatuan teksi menangani sikap dan masalah ini."

 

Video sepenuhnya disertakan di sini:

 

 

*artikel dan video dari www.celebmagazine.net

 

Tags