Pemandu CR-V ditahan atas sebab memandu secara merbahaya di Lebuhraya Sprint

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki berusia 79 tahun ditahan kerana menunjukkan aksi pemanduan yang kurang menyenangkan sehingga membahayakan beberpaa nyawa pengguna jalan raya Selasa lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada The Sun, terdapat dua rakaman video yang dibuat oleh seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali di Lebuhraya Sprint menunjukkan Honda CR-V yang dipandu oleh suspek melanggar tembok konkrit lebuhraya tersebut dan hampir melanggar beberapa buah kenderaan. 

Lelaki yang disyaki menghidap penyakit kecelaruan itu kemudian keluar ke Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam dan kemudian ditahan oleh pegawai polis yang turut sama mengejar suspek. 

Menurut polis, lelaki tersebut menghadapi hypotensi atau tekanan darah yang rendah itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran sebelum pihak polis menghubungi keluarga beliau. 

Difahamkan keluarga lelaki tersebut membawanya ke hospital swasta di Damansara untuk rawatan lanjut. 

Kes ini disiasat di bawah kesalahan memandu secara merbahaya.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’, kini semakin popular kerana kegunaanya yang dapat merekodkan…