Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had ditetapkan dan menyebabkan kematian Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, apabila terlibat dalam kemalangan pada kira-kira 2.30 pagi 16 Dis 2023 di Jalan Permatang Baru.
Teoh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum sepuluh tahun dan maksimum 15 tahun serta denda minimum RM8,000 dan maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Chew Anthony memohon jumlah minimum atas alasan Teoh seorang duda dan terpaksa menanggung tiga anak masih bersekolah serta ibu bapa yang sudah tua.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac sebagai tarikh serahan dokumen.
- masa mabuk lupa diri, tak pula sedar tanggung anak yang masih bersekolah dan ibu bapa yang dah tua!!!-