Pemandu 14-tahun terbabas dikejar polis

oleh HEZERI SAMSURI|
Enam remaja di dalam sebuah Proton Wira ditahan selepas terbabas kerana terbabit dalam adegan kejar mengejar dengan polis di Pasir Gudang semalam.

Wira tersebut dipandu oleh seorang remaja berusia 14-tahun yang lari dari dua orang polis bermotosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan New Straits Times, kedua anggota polis tersebut mulai mengekor Proton Wira tersebut yang bercermin gelap dan dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

Anggota polis tersebut memberi arahan supaya berhenti tetapi tidak diendahkan oleh renaja tersebut yang sebaliknya terus memecut pergi.

Adegan kejar mengejar berlaku selama 15 minit sebelum ia melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua orang.

Salah seorang dari penunggang tersebut mengalami kecederaan ringan.Proton Wira itu tidak berhenti, malah terus melarikan diri sehingga ia terbabas dan melanggar sebuah pokok di Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat selepas dikejar sejauh 10 km.

Gambar dan video keenam-enam remaja termasuk dua orang yang berambut perang seperti burung belatuk tersebut ditangkap dan dipaksa berbaring di atas jalanraya tersebar di dalam media sosial semalam. 

Syabas di atas tindakan pihak polis, namun beberapa komen dari pihak netizen mengambil perhatian kami. Di bawha ialah antara komen mereka dan juga komen kami.

1. Ada yang berkata sekiranya tidak dikejar, Proton Wira itu tidak akan melanggar penunggang motosikal itu. Namun begitu, dengan cermin gelap, pihak polis tidak tahu samada remaja yang memandu atau perompak dengan machine gun di dalamnya.

2. Kenapa remaja semuda itu sudah mula terbabit dengan kegiatan jenayah?
KIta tidak tahu kumpulan remaja itu melakukan jenayah atau tidak kerana pada usia 14-tahun, remaja itu mungkin teringat permainan polis sentri bila polis itu mengejarnya. Dalam erti kata lain, mereka mungkin mahu berjalan-jalan (joyride) dan merasa takut bila disuruh berhenti oleh polis dan melarikan diri.

3. Adakah pihak polis patut menembak kenderaan tersebut?
Pada pendapat kami, selagi pemandu itu tidak melakukan sebarang aksi yang dilihat seperti mahu membunuh atau mendcederakan anggota polis atau orang awam, senjata tidak perlu digunakan. Namun begitu, ramai yang terlupa bahawa kereta ialah senjata yang lebih dahsyat dari pistol kerana ia mampu membunuh ramai orang sekaligus.

4. Keadaan remaja Malaysia semakin teruk berbanding dengan dahulu.
Dahulu, kita tidak ada Facebook atau laman web untuk menyebarkan berita. Sekarang, lebih banyak platform media untuk menyampaikan berita dan lebih ramai orang yang boleh menerima berita. Contohnya,jika dahulu ada 10 kes jenayah di Malaysia, cuma tiga kes yang diketahui umum. Sekarang, kesemua 10 kes akan sampai ke mata masyarakat.

5.Bagaimana caranya untuk memastikan kes begini tidak lagi berulang?
Remaja 14 tahun sepatutnya berada di sekolah atau di rumah. Ibubapa perlu berusaha lebih kuat untuk memastikan mereka tahu di mana anak-anak mereka berada. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, meninggal dunia kira-kira pukul 12.37 pagi ketika menerima…
Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kurang cermat hingga menyebabkan kemalangan terhadap…