Pemain Gran Turismo Sport? Nissan tawarkan peluang ini untuk anda!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan dan permainan elektronik GranTurismo adalah satu gabungan unik. Lebih tepat apabila Polyphony Digital yang membangunkan permainan GranTurismo turut sama mereka bentuk paparan meter Nissan GT-R.

Hubungan di antara Nissan dan GranTurismo tidak terhenti setakat itu sahaja.

Pada bulan Jun 2008, Nissan Eropah, Sony Computer Entertainment Europe dan Polyphony Digital telah menubuhkan GT Academy di mana pemain GranTurismo berpeluang untuk menjadi pelumba dari alam maya ke litar sebenar!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan dan GranTurismo

 

Sejak dari itu, GT Academy telah melahirkan begitu banyak pelumba dan bersaing dalam perlumbaan ternama dunia seperti Dubai 24 Jam, Piala Eropah GT4, Le Mans 24 Jam, Super GT dan pelbagai lagi.

Untuk mereka yang berminat dan pemain tegar permainan GranTurismo, Nissan kini mencari anda!

Pemandu teratas yang menggunakan kereta Nissan dalam Gran Turismo Manufacturers Series Championship yang terdapat dalam permainan Gran Turismo Sport PlayStation baharu akan memenangi lawatan ke Festival NISMO di Fuji International Speedway di Jepun dan ke ibu pejabat Tokyo Polyphony Digital.

 

Nissan dan GranTurismo

 

Pemenang tambahan dari pertandingan kejohanan Nissan GT Sport Cup di Eropah juga akan dipilih untuk program ini.

GT Sport adalah permainan yang dibangunkan oleh Sony PlayStation melalui kerjasama dengan Federation Internationale de l'Automobile (FIA), dan ia adalah kejohanan perlumbaan sukan online pertama yang disahkan oleh FIA. 

Bagaimana hendak sertai permainan ini?

1. Dapatkan permainan GT Sport

2. Pilih Nissan dalam FIA Manufacturers Series

3. Sertai permainan Nissan GT Sport Cup

4. Pandu dengan baik

5. Menangi perlumbaan!

 

Nissan dan GranTurismo

 

Pemain terpantas dalam kategori Global yang memilih Nissan dalam salah satu dari lokasi global FIA Manufacturers Series (Amerika, Asia/Oceania dan Eropah/Timur Tengah) bakal memenangi lawatan ke Jepun.

Pemenang juga akan menerima baju pasukan Nissan dan tunjuk ajar daripada mentor Nissan/GT Academy dalam Final Dunia.

Pelumba handalan dari rantau Eropah juga turut berpeluang untuk merasai pengalaman pemanduan litar Nissan di trek Silverstone, UK!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…