Pelumba Toyota Gazoo Racing wakil Malaysia untuk perlumbaan 600 minit Super Endurance Thailand

oleh SALINA JALIL|
Pemandu kereta lumba Vios Challenge, Mark Darwin akan menjadi wakil dari Malaysia di dalam Team Asia dan akan memandu sebuah Toyota Altis bagi perlumbaan 600 Minit Super Endurance Thailand.

Mark akan menyertai pelumba-pelumba lain dari Filipina, Indonesia dan Thailand pada perlumbaan yang bakal berlangsung pada Disember nanti di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand. Perlumbaan ini merupakan sebahagian daripada usaha Toyota untuk melahirkan bakat lumba dari rantau ini dengan menyediakan peluang yang lebih besar untuk mereka menyertai arena perlumbaan antarabangsa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor (UMWT), Akio Takeyama yang menyerahkan bendera Malaysia kepada Mark berharap perlumbaan itu akan memberikan pengalaman berharga  dan membantu mengembangkan kemahiran dan keupayaan pemandu-pemandu tempatan.

 

"Kami sangat berbangga untuk menamakan Mark Darwin sebagai wakil Malaysia bagi perlumbaan 600 Minit Super Endurance ini. Ia adalah sebahagian dari usaha Toyota di peringkat global untuk menggunakan sukan permotoran sebagai saluran bagi membangunkan bukan sahaja kereta, tetapi yang lebih penting, untuk menyediakan peluang kepada bakat-bakat kita untuk membolehkan mereka melebarkan potensi lebih jauh," ujar Takeyama.

 

toyota gazoo 1

 

Berikutan pemilihannya di Kuala Lumpur, Mark Darwin, 27, menyatakan rasa terima kasih kepada Toyota kerana memberi peluang untuk mewakili negara. "Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan untuk dipilih dan membawa nama Malaysia dalam perlumbaan tersebut. Saya tak sabar mahu menggalas cabaran dan bersaing dengan pemandu-pemandu Corolla Altis yang lain dan berharap akan dapat mencatatkan keputusan yang membanggakan Malaysia," jelas beliau yang telah berlepas ke Thailand untuk menjalani latihan bersepadu selama empat hari di litar Bira dan Buriram.

 

Darwin telah segera kembali ke Malaysia selepas itu untuk berlumba di dalam saingan Vios Challenge minggu ini di MAEPS, Serdang. Sebagai seorang pesaing dikedudukan teratas, beliau terpaksa membiasakan diri dengan litar itu dalam masa yang singkat untuk mengekang dominasi Tengku Djan dalam siri berkenaan.

 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mark Darwin dan semua pelumba-pelumba Vios Challenge hujung minggu ini ketika acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival. Untuk maklumat lanjut dan jadual terkini acara, lawati laman web rasmi Toyota GAZOO Racing Malaysia.

 

toyota gazoo 2