Katanya, akibat penularan pandemik COVID-19 dua siri kejohanan berkenaan juga terpaksa ditangguhkan pada 2021 bagi memastikan rantaian wabak berkenaan benar-benar berakhir.
"Seramai 22 pelumba cilik berusia 8 hingga 12 tahun di Melaka sudah bersedia untuk bersaing pada April lalu yang dijadualkan di Selangor, namun semua termasuk jurulatih pelumba dan ibubapa akur dengan situasi semasa.
"Malah mereka sudah melupakan saingan bagi Jun dan Oktober ini. Apapun, tidak banyak yang boleh dilakukan di rumah menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKB) ketika ini berikutan tidak dapat menjalani latihan.
"Cuma, mereka didedahkan dengan teknik pemanduan menerusi Youtube bagi meningkatkan kemahiran secara teori untuk membolehkan mereka mempraktikan selepas dibenarkan menjalani latihan kelak," katanya.
Rasli Iddham berkata, kejohanan minibike antara lain bertujuan mendedahkan generasi muda kepada asas menjadi pelumba profesional sekali gus memberi peluang mereka menyertai saingan kompetitif untuk pembentukan pelumba berkualiti.
Katanya, lebih banyak kejohanan disertai bakal membantu pembentukan mereka sebagai atlet sukan permotoran negara pada masa hadapan.