Pelumba Malaysia menyerlah di pusingan pembukaan Kejuaraan WEC

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan yang terdiri daripada tiga pemandu Malaysia dilihat menyerlah pada perlumbaan debut di Total 6 Hours of Spa-Francorchamps, World Endurance Championship (WEC) FIA dengan memperoleh tempat kesembilan secara keseluruhannya pada pusingan pembukaan di Spa, Belgium.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan mencatatkan kedudukan keempat di dalam kelas LMP2 dan 15 mata kejuaraan, trio yang terdiri daripada Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri dan Weiron Tan kini meletakkan pasukan #37 Jacky Chan DC Racing di tempat ketiga di belakang pasukan Signatech Alpine Matmut of France yang menguasai tempat pertama dan kedua. 

Biarpun terpaksa bersaing dengan pelumba handalan seperti Fernando Alonso, Giancarlo Fisichella, Sébastien Buemi, Kazuki Nakajima, Kamui Kobayashi, André Lotterer, Neel Jani, Bruno Senna, Vitaly Petrov, Jean-Eric Vergne dan Pastor Maldonado, pelumba Malaysia masih kekal fokus dengan mencatatkan keputusan terbaik menerusi jentera mereka Oreca 07 - Gibson. 

Pelumbaan tersebut dimenangi oleh Toyota Gazoo Racing (Fernando Alonso, Sebastien Buemi dan Kazuki Nakajima) dengan catatan masa 1.444 saat lebih pantas berbanding Toyota TS050 HYBRID yang dipandu oleh Kobayashi Mike Conway, Jose Maria Lopez. Kedua-dua jentera melengkapkan sejumlah 163 pusingan. 
 


Ketika ditemubual selepas pelumbaan, Jazeman melahirkan rasa bersyukur di atas keputusan perlumbaan tersebut dan menunjukkan keyakinan untuk terus bersaing di dalam perlumbaan seterusnya. 

Nabil, bekas pemandu GP2 pula sedikit terkilan dengan kejadian di pit yang menghalang kemaraan mereka untuk memenangi podium.

Namun beliau berkata, "ini merupakan perlumbaan terbaik sepanjang karier saya, saya berasa amat gembira dan berharap dapat melakukan yang terbaik di Le Mans nanti."

Biarpun terpaksa menelan hakikat terhadap apa yang terjadi di pit, Weiron berharap pasukannya akan dapat melakukan yang lebih baik pada perlumbaan 24 jam di Le Mans.
 

 

CEO SIC, Dato' Razlan Razali berharap pasukan tersebut tidak berasa terlalu tertekan dengan kejadian di pit sehingga terlepas peluang untuk naik ke podium. 

"Ia merupakan adat perlumbaan. Walau apa jua keputusan yang dikecapi, ia merupakan satu percubaan yang baik bagi pasukan itu dengan memenangi tempat ketiga di dalam kelas LMP2," tambah beliau. 

"Dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh ketiga-tiga pelumba negara, saya berasa yakin mereka mampu melakukan yang lebih baik di dalam pusingan seterusnya," ujar Dato' Razali mengakhiri bicara. 

Perlumbaan WEC Super Season seterusnya ialah perlumbaan 24 jam Le Mans pada 16 sehingga 17 Jun. 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Setelah mencapai kejayaan pada litar berprestij Nurburgring dan litar Magny-Cours di Perancis, kini…
Berita Global
  Fred Krugger, seorang pengeluar motor tempahan khas di Belgium telah mengeluarkan sebuah Ducati…