PELUANG MENANG TIKET KE GENTING SKYWORLD ATAU LEGOLAND MELALUI PERADUAN TREVO 'DRIVE & WIN’

oleh Hamimah Hamid|
SEMPENA cuti persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi, aplikasi sewaan kenderaan Trevo menjemput pengguna untuk memulakan perjalanan dan mencipta kenangan bersama rakan atau keluarga dengan TREVO Drive & Win!

Kempen untuk pengguna pertama kali aplikasi ini berlangsung dari 6 November hingga 30 November 2023 dengan pelbagai promosi menarik termasuk sepasang tiket percuma ke Taman Tema Genting Sky Worlds atau Legoland.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melalui aplikasi Trevo, pengguna boleh memilih pelbagai jenis kereta yang sesuai untuk keperluan perjalanan dan kereta pilihan akan dihantar ke lokasi pengguna.

 

Pengguna kali pertama Trevo berpeluang memenangi tiket ke taman tema apabila membuat tempahan pertama sepanjang bulan November.

 

Untuk mengambil bahagian ikuti tiga langkah mudah;

● Langkah 1: Buat tempahan pertama dari aplikasi Trevo

● Langkah 2: Selepas tempahan, serahkan butiran pada halaman peraduan khusus Trevo untuk layak menerima hadiah eksklusif.

● Langkah 3: Dapatkan peluang untuk memenangi sepasang tiket percuma ke Taman Tema Genting SkyWorlds atau Legoland.

 

Sebagai tambahan kepada peluang yang ditawarkan dalam TREVO Drive & Win, Trevo turut memberi kod promosi serba baharu yang sah sehingga 3 Disember 2023;

● VIVALAVIDA: Nikmati potongan RM75.00 untuk tempahan melebihi RM300 semasa tempoh promosi dari 15 November hingga 3 Disember 2023 dengan tempoh pemanduan dari 16 November hingga 4 Disember. Hanya tempah 24 jam lebih awal.

● JOMTREVO: Pengguna kali pertama boleh menikmati diskaun 50 peratus pada kadar harian minimum RM126, dihadkan pada RM150. Tempah 12 jam lebih awal, dengan maksimum satu penebusan bagi setiap pengguna. Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Maklumat lanjut kempen TREVO Drive & Win dan promosi lain yang akan datang, sila layari www.trevo.my.

 

Penulis: Firdaus Razani