Pelincir Unixx Memasuki Pasaran Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Contix Asia Pte Ltd, sebuah syarikat minyak pelincir yang berpengkalan di Singapura hari ini telah melancarkan barisan minyak pelincir yang direka khas untuk rakyat Malaysia.

Pengurus Jualan Contix Malaysia, Tan Kok Hwee menjelaskan, “Pelincir Unixx telah direka untuk meningkatkan prestasi kereta secara keseluruhan dan memenuhi piawaian tertinggi API dan ACEA. Tidak ketinggalan ia juga memenuhi standard OEM, emisi dan tenaga. Pelincir Unixx telah direka untuk melancarkan pemanduan dan enjin yang responsif, kami yakin ia merupakan pilihan yang sesuai untuk pemanduan di Malaysia.”
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pelancaran pelincir Unixx ini sejajar dengan penglibatan syarikat di dalam Kejuaraan Thailand Super Series yang bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini (30 Mac sehingga 1 April 2018).

Tambah Tan, “Kami amat teruja dan berbangga dapat berkerjasama dengan Unixx TR Motorsports Race Team. Pelincir Unixx telah diuji secara menyeluruh dan ia terbukti berkesan di dalam pelbagai perlumbaan seperti di litar lumba, endurance, drag dan juga drift.”

Tahun 2018 menyaksikan penglibatan Contix Asia sebagai penaja utama Unixx TR Motorsports Race Team untuk tahun yang ketiga. Pasukan ini pernah menjadi juara di dalam Kejuaraan Thailand Super Series pada tahun 2017 di dalam kelas Supercar GTC menggunakan jentera Porche 977 generasi pertama. Bagi kategori Super Production, mereka memenangi tempat kedua dengan Honda City.

Untuk perlumbaan yang akan berlangsung tidak lama lagi bakal menyaksikan penglibatan jentera generasi kedua Porche 997 GT3 yang dipandu oleh pemandu utama pasukan, Thomas Radolf. Mereka akan bertanding di dalam kelas GTM pada Kejuaraaan Thailand Super Series hujung minggu ini.

Barisan pelincir Unixx didatangkan dalam kelikatan berbeza termasuklah 5W-40 full synthetic, 10W-40 semi synthetic, 10W-30 dan 15W-40 untuk enjin diesel.

Untuk pengetahuan, produk Unixx juga telah dipasarkan di negara lain termasuklah China, Thailand dan Myanmar.

Anda boleh melayari laman web  Contix Asia di alamat https://contix.co untuk maklumat lanjut.

 

Penulis muda: Muhamad Hanif