Pelancaran Isuzu MU-X 2017- Harga bermula dari RM176,640

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Isuzu Malaysia hari ini telah merasmikan SUV tujuh tempat duduk Isuzu yang baharu iaitu MU-X 2017. SUV ini dilengkapi dengan pembaharuan untuk ruang dalaman, luaran dan juga aspek keselamatan.

 

Antara pembaharuan pada MUX-X 2017;

  • Lampu projektor bi-LED spektrum biru dengan kemasan krom
  • Lampu belakang berkembar LED
  • Enam beg udara (SRS)
  • Pad kulit lembut bahagian dalaman
  • Sistem infotaimen dengan lapan pembesar suara
  • Kawalan Turun Bukit (HDC) pemandu boleh mengawal kelajuan untuk disesuaikan dengan keadaan cerun dengan menekan pedal atau pemecut brek (maksimum 30km/j.
  • Roda aloi 18 inci

 

Jentera ini ditawarkan pada harga RM183,000.40 (harga atas jalan tanpa insuran termasuk GST) untuk varian 4x4 dan RM176,640.40 untuk varian 4x2. Kedua-dua varian ini didatangkan dengan transmisi lima kelajuan automatik, dan mengekalkan prestasi bahan api yang efisien dengan 2.5L Sistem Geometri Boleh Ubah (VGS) Turbo Intercooler.

MUX 2017

 

Rupabentuk bahagian hadapan jentera ini telah diinspirasikan daripada gambaran helang untuk menonjolkan imej gagah dan berani, dengan bahagian depan yang tajam dan berkilau.

 

“Kenderaan kami direka dengan meletakkan tiga prinsip utama iaitu kecekapan bahan api, kebolehpercayaan dan ketahanan. Para jurutera kami bekerja keras untuk memastikan enjin Isuzu MU-X pada tahap terbaik” kata Ketua Pegawai Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka.

 

IIsuzu

 

Jentera MU-X yang dikuasakan oleh enjin diesel 2.5L VGS Turbo Intercooler ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 PS dan tork kemuncak 320 Nm. Ia turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

 

Jentera ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kawalan Cerun (HAS).

isuzu

 

Isuzu MU-X baharu didatangkan dengan empat warna menarik iaitu “Havana Brown”, “Mica”, “Silky White Pearl”, “Titanium Silver Metallic”, dan “Cosmo Black Mica”.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Berita Global
  Satu lagi yang membuatkan mata penulis makin besar ialah kelengkapan tersebut dari jenama ARB…
Berita Global
Perkara itu diumumkan oleh menteri industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita semasa bertemu…