Pelancaran Forester 2019 di Taiwan - Subaru perkenal ciri pusat pameran, pandu uji dalam realiti maya (VR)!

oleh Mohamad Hanif|
Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, kami para media telah diberikan peluang untuk menguji dan merasai ciri canggih yang bakal dibawa masuk ke pusat pameran Subaru selepas pelancaran Subaru Forester 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menggunakan teknologi Virtual Reality (VR) atau realiti maya, para pelanggan berpotensi dapat merasai dengan sendiri teknologi yang dibawakan oleh Subaru. 

 


Menurut jurucakap Subaru ketika ucapan pengenalan, idea disebalik pengenalan teknologi realiti maya ini adalah untuk memberikan pendedahan yang lebih khusus kepada para pelanggan, terutama melibatkan ciri keselamatan EyeSight® yang sukar untuk ditunjukkan ketika sesi pandu uji sebenar. 

Pelanggan akan diberikan set VR bagi membolehkan mereka merasai sendiri "pengalaman" ketika menghampiri dugaan ketika "sesi pandu uji" maya dijalankan seperti brek kecemasan pra-pelanggaran, lane departure warning dan Subaru rear vehicle detection. 
 


Subaru juga mendatangkan set augmented reality dalam bentuk tablet menggunakan imej computer-generated yang menggambarkan model-model Subaru dalam bentuk 3D dan boleh  dipaparkan secara 360o

Set augmented reality ini membolehkan pengguna melihat sendiri ciri-ciri keselamatan, selain mampu mengubah warna dan spesifikasi rim mengikut kegemaran peribadi. 

 


Tambah jurucakap Subaru lagi, ciri seperti kit badan dan aksesori tambahan akan turut diintegrasikan pada set augmented reality ini pada masa akan datang, memudahkan para pembeli "mencuba" dengan sendiri kit badan pada "kenderaan" mereka sebelum meneruskan urusan pembelian. 
 


Mungkin dalam masa yang terdekat, bukan sahaja set augmented reality dan set virtual reality ini yang akan dibawa masuk, malah Subaru juga di dalam perancangan untuk membangunkan dan memperkenalkan pusat pameran mudah alih dalam bentuk virtual reality

Memandangkan kos untuk menyediakan pusat pameran atau booth yang serba lengkap memerlukan belanja yang besar, pusat pameran VR ini akan memerlukan ruang yang sangat kecil, dan wakil jualan akan berinteraksi dengan anda melalui set VR yang tersedia. 

Melalui pusat pameran VR ini, pembeli akan "dibawa" masuk ke pusat pameran realiti maya, melihat dengan sendiri kenderaan yang dipamerkan sebelum "seorang" wakil jualan hadir untuk memenuhi persoalan para pembeli, bahkan turut berpeluang memandu uji secara maya seperti mana yang telah disebut pada awal artikel. 
 


Sekian sahaja laporan kami dari Taiwan untuk pelancaran model Forester 2019, dan sama-sama kita tunggu kehadiran teknologi ini di Malaysia seawal tahun hadapan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…