Pelajar tajaan Proton harumkan nama negara di WorldSkills Abu Dhabi 2017

oleh DIANA ISMADI|
Muhammad Asyraff bin Yusni, pelajar dari Universiti DRB-Hicom yang ditaja oleh Proton telah mengharumkan nama negara apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam kategori teknologi automobil dan mendapat anugerah sebagai "Best of Nation" dalam acara WorldSkills Competition Abu Dhabi 2017.
Promosi Duit Raya

"Terima kasih kepada pihak kerajaan dan jurulatih kerana sentiasa memberi sokongan padu kepada saya. Ternyata hasil kerja keras saya dilatih selama dua tahun dan dua belas jam sehari kini berbaloi" kata Asyraff.

 

Proton Universiti DRB-Hicom

 

Asyraff sebelum ini telah berjaya mendapat pingat emas dalam acara ASEANSkills Competition 2016 dan juga pemegang anugerah "Best of Nation". Dengan potensi dan kemahiran yang dimiliki, beliau kemudian dilatih dengan lebih rapi untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

 

Beliau mendapat bimbingan jurulatih  iaitu Ting Swee Keong (ADTEC Melaka) dan Ahmad Shammuri Bin Nisab (DRB-Hicom University).

 

Muhamad Asyraff Bin Yusni

 

"Fasiliti dan tenaga pengajar yang disediakan di Universiti DRB-Hicom sangat lengkap dan intensif. Jadi saya berpeluang untuk mejalani latihan dengan sempurna dan kini berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat dunia" kata Asyraff.


Kepulangan kesemua 36 peserta yang mewakili Malaysia ke WorldSkills Abu Dhabi 2017 disambut dengan penuh rasa bangga oleh rakyat Malaysia di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila berjaya membawa pulang pingat dan mengharumkan nama negara. 

 

World Skills Champioship 2017

 

WorldSkills Competition Abu Dhabi 2017 telah berlangsung pada 14 hingga 19 Oktober dan Malaysia telah mengambil bahagian dalam 20 bidang termasuk bidang elektrik dan elektronik, terapi kecantikkan, memasak, dandanan rambut, kimpalan dan lain-lain. 

Tahniah dan selamat maju jaya kami ucapkan buat kesemua peserta. Semoga terus berjaya dan gigih berusaha untuk terus membawa nama negara ke peringkat dunia. 

Proton

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Turut hadir di dalam mesyuarat itu ialah pegawai tinggi dari Zheijiang Geely Holding Group Co. Ltd…
Berita Domestik
Pasukan Mobile Assist ini akan beroperasi selama 24 jam/ dan 7 hari seminggu bagi memberikan…
Berita Domestik
  Promosi harga terbaik untuk model Saga nampaknya membantu Proton untuk mencapai jualan sebanyak…