Pelajar Malaysia terbabit kemalangan di New Zealand, dua meninggal

oleh Hamimah Hamid|
LIMA pelajar Malaysia terlibat dalam di Lake Tekapo di New Zealand dengan dua orang daripadanya meninggal dunia.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand telah mengesahkan insiden kemalangan jalan raya terbabit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam kejadian pada pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan itu, kedua-dua daripadanya maut di lokasi kejadian.

 

"Tiga orang lagi diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands, New Zealand untuk rawatan segera.

 

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar," katanya.

 

Menurut Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia.

 

Dalam pada itu, Wisma Putra merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

 

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di butiran berikut:

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia Di Wellington

Alamat : 10 Washington Avenue

Brooklyn PO Box 9422 Wellington

No. Telefon : +64-4-3852439 / +64-210440188 (kecemasan)

Emel : [email protected]

 

Pelajar terlibat:

1) Megat Ashman Aqif B. Megat Irman Jefni (JPA) University of Canterbury 

- disahkan meninggal

 

2) Wan Nur Adlina Alisa University of Canterbury (Private Student) 

- disahkan meninggal

 

3) Nur Firas Wafiyyah University of Canterbury (JPA)

 

4) Muhamad Faris bin Mohd Fairusham (JPA) Victoria University of Wellington

 

5) Lya Issable Anak Walton (JPA) University of Canterbury