Pelajar Asia lebih berdisiplin - Pengurus Besar Shell Eco Marathon

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelajar-pelajar universiti di Asia dikatakan lebih berdisiplin dan menghormati keputusan penganjur.

Itu yang dijelaskan oleh Norman Koch, Pengurus Besar untuk program Shell Eco-Marathon.

Careta duduk sebentar bersama Norman kelmarin semasa makan tengahari untuk mencuri sedikit pengalaman 15 tahun Norman bersama Shell Eco-Marathon.

 

 

"Pelajar-pelajar di benua Asia ini lebih berdisiplin dan lebih menghormati keputusan panel pemeriksaan teknikal kami," ujar Norman.

"Sekiranya diputuskan kenderaan mereka tidak selamat dan ditunjukan apa yang tidak betul dan kenapa ia tidak boleh dibenarkan berlumba, mereka akur."

"Mereka akan tolak balik kenderaan mereka ke pit masing-masing dan bertungkus lumus memperbaiki kesilapan mereka," sambungnya.

Selain dari itu, peserta-peserta dari Asia juga menampilkan kelainan yang sangat ketara dari segi kejuruteraan teknologi.

 

 

"Asia mempunyai banyak negara. Tahun ini sahaja, Shell Eco Marathon Asia atau SEMA menampilkan 126 pasukan dari 18 negara terbabit dan setiap negara mempunyai perkembangan ekonomi dan teknologi yang berbeza," kata Norman.

"Ada negara Asia yang sangat maju, dan mereka mahu menumpukan fokus sepenuhnya kepada teknologi terkini."

"Ada juga negara Asia yang masih menggunakan teknologi sedia ada dan mereka menghalusi dan memperbaiki teknologi itu agar ia lebih lasak dan lebih menjimatkan."

 

 

Norman kemudian berkata di Eropah dan di US, peserta hanya bertumpu kepada teknologi modern yang masih dalam kajian.

"Memang bagus kerana mereka cuba memahami teknologi modern tetapi sekiranya teknologi sedia ada seperti enjin pembakaran dalaman atau sistem elektrik dari bateri boleh diperhalusi, ia adalah lebih praktikal kerana prasarana untuk teknologi itu memang wujud. Teknologi baru memerlukan pembinaan fasiliti baharu dan ini akan memakan masa puluhan tahun," terang Norman yang sebelum ini pernaj terlibat dalam pembangunan produk terkenal Shell, V-Power dan Helix.

 

 

SEMA adalah acara tahunan dan diadakan di tiga lokasi - Asia, Eropah dan di US.

Ia mempunyai objektif untuk menyediakan dunia masa hadapan dengan bakat-bakat baharu yang membantu untuk memikirkan masalah punca tenaga.

Malaysia sendiri sudah menempah nama di dalam SEMA kerana sebelum ini, pasukan dari UiTM telah memenangi hadiah pertama empat tahun berturut-turut dalam kategori prototaip hidrogen.

Namun begitu, tiada usaha konkrit untuk memastikan Malaysia terus maju di dalam bertandingan ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…