Pejabat pos Jepun lancar setem kenang-kenangan sempena ulang tahun Subaru ke-60

oleh Mohamad Hanif|
Subaru menyambut ulang tahun ke-60 mereka di Jepun pada tahun ini, dan bersempena ulang tahun yang bersejarah itu, pihak pejabat pos Jepun mengeluarkan koleksi setem kenang-kenangan yang menampilkan model-model ikonik Subaru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Koleksi setem tersebut dibahagikan kepada dua era, iaitu Volume 1 yang menampilkan kereta produksi daripada era 1958 sehinggalah 1988, pengakhiran era Showa. 


Kereta-kereta daripada era tersebut termasuklah Subaru 360, Sambar, R-2, 1000, Leone, Justy dan Alcyone. 

 


Manakala Volume 2 pula menampilkan kereta-kereta daripada tahun 1989 sehinggalah sekarang dan menampilkan model seperti Impreza, Legacy, 22B dan SVX. 

Setiap set terdiri daripada 10 keping setem bernilai ¥82 (RM3.00), dan 20 keping poskad. Harga bagi setiap set bernilai ¥3,500 (RM127.43++) tidak termasuk kos penghantaran. 

Berita buruk, Volume 1 Subaru telah habis dijual dan tiada stok baru dikeluarkan. Manakala berita baiknya, Volume 2 masih lagi dijual di pejabat pos Jepun. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Koleksi setem HotWheels tersebut terdiri daripada setem yang bernilai 50-cent (RM2.07* mengikut…