Pegawai JPJ menyamar jadi penumpang - dua pemandu bas berang disaman

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua pemandu bas ekspress baru-baru ini berang bila mengetahui ada pegawai JPJ yang menyamar menjadi penumpang bas mereka dan menyaman mereka atas kesalahan lalulintas yang telah dilakukan.

Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) telah mengumumkan para pegawai dari agensi itu akan menyamar bagi memantau kelakuan pemandu-pemandu bas ekspress ketika musim perayaan ini.
Promosi Duit Raya

Menurut Nazli Md Taib, pengarah JPJ Selangor, operasi pemantauan bermula sejak 8 Jun lalu dan hasilnya mereka dapati dari 32 bas ekspress yang diperiksa, cuma tiga sahaja yang mengikut prosidur undang-undang sebenar.

"Kami hantar dua pegawai berpakaian biasa untuk menaiki bas-bas dari Shah Alam ke utara dan selatan."

"Mereka memerhati dan memantau keadaan bas serta pemandunya dan mengeluarkan saman atau notis bila sudah tiba di destinasi," ujar beliau kepada media di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil semalam.

Nazli berkata seramai 29 pemandu bas telah melakukan 70 kesalahan kesemuanya.

"Antara kesalahan yang dilakukan ialah sentiasa memandu di lorong kanan, menghisap rokok sambil memandu, memakai selipar, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon pintar semasa memandu, menurunkan penumpang di kawasan yang tidak dirancang dan tidak mempunyai pemandu gantian," terang Nazli.

"Ada dua kejadian di mana pemandu bas berang bila mengetahui pegawai kami berada di atas bas mereka," sambungnya lagi dan Nazli berkata JPJ tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang cuai itu.

"Kami mungkin akan menggantungkan lesen mereka atau mengharamkan mereka dari memandu terus," sambungnya.

JPJ juga akan turut mengawasi jalan-jalan persekutuan dan jalan-jalan negeri untuk memastikan perjalanan trafik lancar.

"Kami akan awasi pengguna jalanraya yang melalukan kesalahan-kesalahan trafik seperti memotong barisan, menggunakan laluan kanan terus menerus (untuk kenderaan berat dan bas), tidak memakai topi keledar, menggunakan laluan kecemasan, penggunaan telefon pintar semasa memandu/menunggang, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar," kata Nazli sambil menambah bahawa JPJ sudah mengeluarkan 1,909 saman dan notis sepanjang musim perayaan ini dan 17 moyosikal telah disita.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan tersebut, Yi Fan mendakwa ada pihak tertentu yang tidak dikenalpasti menjual lesen…
Berita Domestik
Arahan yang dikeluarkan pada tarikh 6 Jun 2018 tersebut adalah berdasarkan kepada subseksyen 58A (1…
Berita Domestik
Siew Fook juga telah mengisytiharkan kesemua kenderaan yang masih tidak menukar beg udara Takata…