Pecca Group muktamad proses ambil alih syarikat upholsteri Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Pecca Group Bhd telah memuktamadkan pengambilalihan 80 peratus pegangan di dalam syarikat pembekal upholsteri kulit Indonesia PT Gemilang Maju Kencana (GMK), baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Pecca memaklumkan proses tersebut kini dianggap lengkap selepas mendapat kelulusan daripada Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia.

Syarikat GMK mempunyai kaitan dengan PT Multi Pratama Interbuana Group (MPI) yang merupakan kumpulan pembuatan industri yang berpusat di Jawa Barat, dan menyediakan perkhidmatan automasi kepada syarikat elektronik dan automotif.

MPI juga turut menghasilkan acuan suntikan plastik yang digunakan di dalam rantaian bekalan automotif dan elektronik.

Pecca Group merupakan syarikat pengeluar, pembekal, pengedar serta memasang upholsteri untuk pelindung tempat duduk dan kemasan dalaman untuk pelbagai syarikat automotif termasuklah Proton, Perodua, Nissan, Subaru, Ford, Mitsubishi, Toyota, Hyundai, Peugeot, Volkswagen, Suzuki dan Isuzu.

Menurut ketua pegawai eksekutif Pecca, Foo Ken Nee berkata, pemerolehan yang telah dimuktamadkan itu membuka lembaran baharu bagi pelan pengembangan antarabangsa syarikat tersebut.

Jelasnya, Indonesia merupakan kunci utama pertumbuhan Pecca disebabkan oleh populasi penduduk yang besar, ekonomi yang sedang berkembang serta angka jualan kenderaan yang tertinggi di rantau Asia Tenggara.

"Pegangan kami di dalam GMK akan mempercepatkan lagi proses untuk mewujudkan kehadiran kami di dalam pasaran yang amat menarik ini.