PDRM minta orang awam hantar video "rider" nakal

oleh HEZERI SAMSURI|
Penggunaan dashcam memang sudah semakin popular dan ia memang terbukti berkesan dalam menjadi "saksi" terbaik di dalam kes-kes kemalangan.

Kali ini pihak polis ingin meminta pemilik dashcam untuk membantu mereka menanangi perangai penunggang-penunggang motosikal P-hailing yang semakin melampau dalam melanggar undang-undang trafik.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, pihak beliau menerima banyak aduan dari pelbagai pihak mengenai gelagat rider P-hailing yang menunggang secara merbahaya.

Beliau meminta pengguna jalanraya yang lain menghantar rakaman video dashcam ke Facebook JSPT Selangor dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan video tersebut.

Kesalahan ketara yang boleh mengakibatkan kemalangan ialah melanggar lampu isyarat merah, menunggang secara melawan arus dan paling banyak, menunggang tanpa lesen.

* Laporan penuh di Sinar Harian


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…