PDRM Kedah terima 30 unit Toyota Hilux GS Cargo

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kedah baru-baru ini menerima 30 unit Toyota Hilux GS Cargo 2.4L bertransmisi manual bagi menggantikan kenderaan lama yang dilupuskan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pengarah Logistik dan Teknologi Bukit Aman, YDH CP Datuk Seri Hj Mazlan bin Lazim bertempat di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah, siang tadi.

Daripada 30 unit Toyota Hilux itu tadi, 28 unit diserahkan untuk kegunaan kontinjen Kedah, sementara bakinya masing-masing diserahkan kepada Pulapol Langkawi dan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Langkawi Wilayah 1.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato' Hasanuddin bin Hassan, Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Kedah dan Ketua-Ketua Polis Daerah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…