PDRM - Jangan halang pemandu lain guna Smart Lane

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya menghalang pemandu lain menggunakan laluan Smart Lane yang diaktifkan di lebuh raya.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail berkata, memandu laju di laluan tersebut juga merupakan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang lain menggunakan laluan tersebut seperti yang tular sebelum ini.

“Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya menghalang pergerakan kenderaan yang lain di Smart Lane. Lorong Smart Lane ini diguna pakai apabila berlaku kesesakan.

“Dalam pada itu, kita juga tidak mahu pemandu yang guna Smart Lane memandu laju... lebih laju daripada pemandu di lorong biasa. Ia adalah satu kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat Media PLUS Pertingkatkan Persediaan Menguruskan Pertambahan Trafik Sempena Musim Perayaan di Persada PLUS pada Rabu.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan berkata, JPJ akan turut memberi tumpuan kepada individu yang menghalang orang lain menggunakan laluan tersebut semasa Operasi Hari Raya kelak.

“Operasi Hari Raya akan diadakan bermula 1 April hingga 20 April, selama 20 hari. Tumpuan kita adalah kepada kesalahan melibatkan sikap dan ia termasuk menghalang pemandu menggunakan Smart Lane.

“Selain itu, kesalahan lain ialah penggunaan telefon bimbit, memandu secara melulu, memotong barisan dan memandu kenderaan berat di laluan kanan.

“Itu merupakan antara tumpuan dan perkara yang akan kita tekankan kepada anggota penguat kuasa ketika kita menjalankan operasi Ops Hari Raya nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.

- peringatan; Smart Lane 'bertempat' ya bukan sepanjang lebuh raya boleh suka-suka guna -

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Informasi
Beliau berkata antara tindakan yang diambil bagi mengurangkan kesesakan pengguna di lebuh raya…