Jentera Proton Iriz 2019 yang dipandu oleh Mitchell Cheah dan Farique Hairuman berjaya mendominasi perlumbaan diikuti oleh jentera Saga 2019 (Syafiq Ali dan Admi Shahrul) yang menduduki tempat kedua.
Selain daripada kemenangan berganda, pasukan pelumba wanita Proton R3 juga berjaya menunjukkan prestasi yang mengkagumkan, walaupun terpaksa bermula dari petak ke-26.
Walaupun mengalami masalah teknikal ketika pusingan kelayakan, jentera Proton Saga 2019 yang dipandu oleh Nurul Husna, Faye Kusairi dan Leona Chin berjaya mendaki ke tangga ketujuh secara keseluruhan.
Ia sekaligus menjadikan mereka sebagai pasukan wanita pertama yang berjaya menamatkan perlumbaan.
Tahniah dan syabas buat pasukan Proton R3!