Pasukan penyelidik robotik Ford bakal cipta inovasi

oleh DIANA ISMADI|

Pernahkah anda mengimbau kembali sejauh mana kereta sudah berubah sejak ia dicipta beratus tahun dahulu? Dunia automotif kini makin berkembang dengan lahirnya teknologi canggih yang semakin membangun. Mungkinkah pada masa hadapan kita akan dapat merasa kenderaan yang dipandu secara automatik?

 

Naib Presiden, Ford Research and Advanced Engineering, dan Ketua PegawaiiTeknologi, Dr Ken Washington berkata, “Sudah terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam dunia kejuruteraan lanjutan dan Ford kini mengekalkan fokus yang jelas terhadap unsur-unsur penting untuk membantu kami mencapai visi mengubah cara dunia ini bergerak”.

 

Bagi menyahut visi tersebut, Ford mengumumkan penubuhan pasukan Penyelidik Robotik dan ‘Artificial Intelligence’ sebagai sebahagian daripada Ford Research and Advanced Engineering.

 

Demi memastikan Ford berada dihadapan di dalam bidang robotik dan ‘Artificial Intelligence’, pasukan penyelidik ini akan memberi fokus yang lebih besar dalam menilai teknologi sensor baru, ‘machine learning methods’, keperluan teknikal untuk masuk ke pasaran global, serta pembangunan peranti mobiliti peribadi, dron dan robot udara yang lain untuk meningkatkan kualiti perjalanan kenderaan.

 

“Kami melakukan semua ini kerana sekarang kami mempunyai perkongsian yang mantap dengan Argo AI yang memimpin pembangunan sistem pemandu maya kami iaitu platform komputer, sensor dan algoritma untuk pengeluaran kenderaan pemanduan autonomi generasi pertama kami”, Dr Ken Washington berkata.

 

Mcity merupakan trek ujian University of Michigan yang mensimulasikan persekitaran bandar menjadi litar ujian pasukan penyelidik Ford. Armada penyelidik Ford sedang bereksperimen dengan teknologi penderiaan yang baru dan mencuba cara baru untuk memanfaatkan teknik ‘deep learning’.

 

Ini bermakna, akan terdapat armada penyelidik yang berasingan yang membuat penyelidikan mengenai ‘self-driving vehicles’ iaitu pasukan Ford yang menjalankan penyelidikan lanjutan dan Argo AI akan menerajui pembangunan sistem pemandu maya untuk pengeluaran kenderaan memandu sendiri Ford.

[Pautan Video: https://www.youtube.com/watch?v=xjPY1JxFGJk]

 

Selain itu, Ford bukan sahaja ingin mengembangkan potensi teknologi robotik dan ‘Artificial Intelligence’, malah mereka juga sudah mula menggunakan robot dalam pembuatan dan logistik, dan akan menilai kemajuan selanjutnya dalam penggunaan robot untuk membantu dalam tugas-tugas ergonomik yang sukar.

 

“Pasukan penyelidikan kami akan meneruskan hubungan yang kami bina dengan syarikat ‘startup’ melalui perkongsian, pelaburan dan pengambilalihan. Syarikat-syarikat ini menunjukkan peluang yang luar biasa bagi kami dengan sensor canggih, ‘deep learning’, dan robot, jadi penting bagi kami untuk terus memupuk hubungan ini.

 

Manakala perkongsian yang sudah lama terjalin dengan syarikat-syarikat seperti Nirenberg Neuroscience, Civil Maps dan SAIPS sudah memberikan impak positif dengan keupayaan yang lebih maju yang sedang dipertimbangkan untuk aplikasi pada masa akan datang”, menurut Naib Presiden, Ford Research and Advanced Engineering.

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah menampal sticker Raptor pada Ford Ranger mereka sudah menjadi kebiasaan, seperti meletakkan…
Sukan Bermotor
Ford dan Hoonigan Racing telah mengumumkan bahawa kedua-duanya akan bersara dari Kejuaraan FIA…
Berita Domestik
“Ford telah menghasilkan trak-trak ikonik ini sepanjang 100 tahun lamanya dan ini merupakan kali…