Pasaran India terima Royal Enfield Thunderbird X 350 dan 500

oleh Afandi Che Muhamad|
Lama menyepi, Royal Enfield baru-baru ini membawa masuk dua model motosikal baharu ke dalam rangkaian Thunderbird X untuk kegunaan pasaran di India.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jentera yang dimaksudkan ialah Royal Enfield Thunderbird X 350 dan 500.

Melihatkan pada nama-nama jentera berkenaan sahaja sudah membolehkan anda mengetahui ia digerakkan dengan nadi enjin berasingan, satu bersesaran 350cc manakala yang lain pula 500 cc.

Memetik laporan Top Gear, aspek penghantaran kuasa ke roda jentera berkenaan dibantu sistem suntikan bahan api elektronik dan kotak gear lima kelajuan.

Difahamkan, tujahan kuasa maksima mampu dirembeskan model 350 adalah sekitar 19.8Hp dan puncak tork tertinggi pula mencecah 28Nm.

Itu baru kuasa model 350. Bagi model 500 pula, ia merekodkan bacaan kuasa setinggi 27.2Hp dengan tork mencecah 41.3 Nm.

Menarik bagi varian baharu Thunderbird X ini adalah mekap gaya yang dikenakan terhadapnya.

Kedua-dua jentera berkenaan digarap seimbang dengan rekaan moden klasik.

Secara ringkas, Royal Enfield Thunderbird X 350 dan 500 dipasangkan dengan padanan tayar tanpa tiub dan rim aloi bersaiz 19 inci di bahagian hadapan roda sementara di belakang pula 18 inci.


Bukan itu sahaja, aspek pengendalian jentera tersebut dipertingkatkan lagi menerusi aplikasi sistem suspensi terdiri daripada batang fork teleskopik terbalik berukuran 41 milimeter (mm), brek cakera 280mm lengkap angkup dua piston pada bahagian hadapan sementara unit penyerap hentak berkembar, brek cakera 240mm dan angkup piston tunggal pula di belakang.

Untuk makluman, kedua-dua varian itu tidak didatangkan dengan sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Sebenarnya tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai dua varian baharu berkenaan kerana masing-masing berkongsi karakter dan fitur sama.

Antara komponen lain yang boleh ditemui pada Royal Enfield Thunderbird X 350 dan 500 ialah lampu depan belakang jenis LED, meter analog, ekzos berwarna hitam juga tangki bahan api berkapasiti 20 liter.

Sebagai permulaan, Royal Enfield Thunderbird X 350 (gambar bawah) dijual pada harga 1.56 lakh (RM9,397) seunit dan Royal Enfield Thunderbird X 500 (gambar atas) pula serendah 1.98 lakh (RM11,927).

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Model Vantage terbaharu ini dinadikan dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar dari AMG yang mampu…
Model Terbaharu
Volkswagen Malaysia baru-baru ini berkongsi di laman media sosial Instagram rasmi mereka dengan…
Pelancaran
  Model edisi khas ini dihadkan kepada 20 unit sahaja dan ia didatangkan dalam warna luaran Deep…