Pasaran Eropah terima Honda Forza 300 versi naik taraf

oleh Afandi Che Muhamad|
Segmen skuter maxi di pasaran Eropah nampaknya semakin rancak selepas ini menerusi pelancaran Honda Forza 300 versi naik taraf bagi kegunaan tahun 2018.
Kawasaki Legend Reborn

Jika diteliti, Honda Forza 300 baharu tersebut menggalas ciri seperti sistem kawalan cengkaman dikenali sebagai Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan aplikasi casis serta kerangka rekaan baharu yang mana berjaya mengurangkan berat sebanyak 11.7 kilogram (kg) berbanding model terdahulu.

Selain penambahbaikan itu, mekap gaya Honda Forza 300 baharu berkenaan dilihat sedikit berbeza dengan model lama.

Ia tampil dengan karakter lebih sporty dan moden menerusi pemasangan lampu hadapan jenis LED serta penghadang angin boleh laras.

Tiada perbezaan lain dapat dilihat selain daripada ciri disebutkan kerana ia kekal menggunakan nadi enjin sama seperti model sebelumnya cuma berupaya menghamburkan prestasi lebih baik sekitar 24.8Hp dan puncak tork maksima mencecah 27.2Nm.

Sebagai permulaan, Honda Forza 300 tersedia dengan empat pilihan warna seperti biru (Crescent Blue Metallic), hitam (Pearl Nightstar Black), kelabu (Matt Cynos Grey Metallic) dan putih (Matt Pearl Cool White).

Add new comment

banner articles