Pasangan warga Singapura parah, Porsche langgar tiang lampu

oleh Hamimah Hamid|
SEPASANG suami isteri warga Singapura cedera parah selepas kereta Porsche 911 Dakar dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kluang.

Dalam kejadian pukul 9.45 pagi Ahad itu, mangsa, Ang Yew Tiong patah kaki kiri selain mengalami cedera di tangan dan kaki manakala isterinya, Phay Ai Lien turut cedera di kaki dan tangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Nor berkata, kejadian berlaku semasa pasangan berkenaan berkonvoi dengan beberapa kereta mewah dari republik tersebut.

 

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati Porsche tersebut bersama beberapa buah kereta mewah dari Singapura sedang berkonvoi dari arah Bandar Kluang menuju ke arah Mersing.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

 

"sampai di tempat kejadian semasa melalui jalan selekoh ke kanan, Porsche berkenaan telah terbabas lalu melanggar tiang lampu tanpa melibatkan kenderaan lain," katanya.

 

Menurut Bahrin, kemalangan terbabit turut menyebabkan Porsche berkenaan rosak teruk di bahagian hadapan selain bumper belakang pecah.

 

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987