Pasangan suami isteri maut kemalangan di Jalan Gerik-Jeli

oleh Hamimah Hamid|
SEPASANG suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik-Jeli tengahari tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Nasir, 41, memandu kereta jenis Perodua Myvi dan isteri, Rohaya Harun, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di: tempat kejadian.

Tiga anak mangsa yang berusia tujuh, 12 dan 14 tahun dilaporkan parah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, bomba menerima panggilan mengenai kemalangan terbabit pada jam 1.10 petang.

 

"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler muatan simen dan kereta jenis Perodua Myvi.

 

"Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung," katanya. 

 

Menurut Mohd Azizan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 2.45 petang.