Pasangan Britain dakwa dipaw polis sedang dicari

oleh Hamimah Hamid|
POLIS sedang mengesan pasangan warga Britain untuk membantu siasatan berhubung dakwaan seorang anggota polis trafik mengambil RM100 untuk menjelaskan saman memandu laju.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berka berkata, pasangan itu ketika ini dipercayai berada di negara jiran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Mohd Yusri, kejadian itu yang tular sejak semalam sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

 

"Bukit Aman perlu menentukan di mana kejadian itu berlaku, sama ada di Kelantan, Pahang atau Perak.

 

“Mereka juga perlu mengenal pasti masa, tarikh dan anggota polis terbabit. Kalau di Perak, kita akan siasat," katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Healthy Eating Active Living (Heal) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh hari ini.

 

Semalam, sebuah video tular di media sosial , yang dikenali pasangan suami isteri Chris dan Marianne Fisher yang mengembara "Tread the Globe", ditahan seorang anggota polis trafik kerana didakwa memandu laju. 

 

Pasangan itu menaiki kenderaan jenis Fiat diubahsuai campervan dipercayai telah dihentikan di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ketika menuruni bukit.

 

Dalam video itu, anggota polis trafik mendakwa Fishers telah memandu melebihi had laju 60kmph.

 

Dia kemudian memaklumkan pasangan itu bahawa mereka mempunyai pilihan untuk membayar saman RM300 di balai polis atau boleh membayar di tempat kejadian dengan hanya RM100.