Pasangan berbulan-madu syukur pilih Iriz

oleh SALINA JALIL|
Keselamatan ialah tanggungjawab kita bersama, namun jika hanya setakat ungkapan perkataan sahaja, ia tidak bermakna.

Bagi sepasang pengantin baharu, Muhammad Adib Zulian dan Ewan Syazmira Yahya, pembelian Iriz dua tahun lalu ialah satu ikhtiar ke arah memastikan keselamatan mereka berdua dalam tahap terbaik.

Melangsungkan perkahwinan 30 Disember lalu, Adib yang bertugas sebagai Jurulatih Kecergasan (Fitness Instructor) dan Syazmira sebagai Penyelidik Pasaran (Market Research) bercadang untuk berbulan madu ke Pulau Perhentian.

Tarikh yang dipilih adalah pada 4 Mac 2018, perjalanan dimulakan dari Kuala Lumpur sebelum subuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjalananan yang penuh kegembiraan ini terhenti pada jam 7.30 pagi, di Lebuhraya Pantai Timur 2, sebelum susur keluar ke Perasing Jaya kerana kemalangan akibat mencuba mengelak seekor binatang yang melintas.

Dalam keadaan panik, stereng dipulas ke kiri menyebabkan Iriz itu terjunam jatuh ke tebing jalan yang terletak 5.3 meter di bawah jalanraya.

Iriz mereka terbalik sebanyak dua kali sebelum akhirnya terhenti dalam keadaan mengiring ke bahagian pemandu.

Dalam keadaan yang masih sedar, Adib telah berjaya keluar dari Iriz mereka, tetapi Syazmira tidak dapat dikeluarkan akibat kesakitan. Dengan bantuan orang kampung dan pihak Bomba, Syazmira dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

"Kami sememangnya sentiasa memakai tali pinggang keledar walaupun untuk perjalanan dekat" kata Adib. 

"Tetapi dengan tali pinggang keledar sahaja tidak cukup jika kenderaan tidak mempunyai elemen keselamatan dan rangka yang kukuh tidak berguna juga."

"Syukur Alhamdulillah kerana Allah panjangkan umur kami. Kami juga rasakan ciri-ciri keselamatan pada Iriz ini turut membantu. Lihat sahaja keadaan kereta kami yang remuk itu," terang Adib.

"Dari luaran, kereta Iriz kami kelihatan remuk seratus peratus, tetapi bahagian kabin masih selamat, cuma dipenuhi serpihan kaca yang banyak," terangnya lagi.

 

"Beg udara berfungsi dan kecederaan saya cuma luka akibat serpihan kaca. Walaubagaimanapun kerana hentakan yang kuat semasa kereta terbalik, isteri saya keretakan tulang punggung dan masih berada di hospital, kata Adib lagi. 

"Saya selalu terbaca tentang komen-komen negatif yang mempertikaikan kenderaan keluaran Proton, tetapi dengan pengalaman saya sendiri ini, saya rasa berbangga kerana memilih Proton Iriz," jawab Adib bila ditanya tentang persepsi sesetengah pengguna Malaysia.

"Pemilihan saya amat tepat dan sekiranya ada rezeki, saya tetap akan setia bersama Proton, Insya Allah" kata beliau mengakhiri perbualan kami.

 

iriz

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Selepas lawatan saya ke Geely, saya percaya bahawa Proton akan pulih. "Dengan kehadiran teknologi…
Gaya Hidup
“Saya memang sangat membenci kereta jenama Proton kerana sebelum ini saya menghadapi pelbagai…