Papan pemuka Mercedes A-Class ini ibarat S-Class versi kompak

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum ini Mercedes-Benz mempunyai satu persepsi tentang jenamanya. Ia untuk mereka yang berusia, berbeza dengan imej yang dibawa oleh BMW dengan sasaran pelanggan lebih muda dan berjiwa muda. Walaupun untuk sebuah model eksekutif seperti 5 Series.

Boleh bayangkan iklan BMW M5 baharu mempamerkan aksi drift? Eksekutif atau CEO manakah yang mahu lakukan aksi sebegitu? Tetapi ini adalah BMW dan mereka adalah jenama yang sebati dengan imej dan kemampuan sebegitu.

Mercedes-Benz pula tidak mahu sekadar menjadi penonton dan sejak beberapa tahun lepas menawarkan pelbagai produk termasuk dalam segmen yang belum diteroka dengan serius. Lebih menarik apabila produk yang ditawarkan diadunkan dengan sentuhan lebih menonjol pada pelanggan muda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu produk yang dimaksudkan ialah Mercedes-Benz A Class yang begitu banyak di atas jalan raya dan berjaya menenggelamkan saingan terdekatnya iaitu BMW 1 Series.

Model generasi kedua itu melupakan terus falsafah reka bentuk generasi pertama yang tampak feminin dan lebih sesuai digunakan sebagai mobiliti di bandar. A-Class generasi baharu telah memberi alternatif yang bagus kepada pesaing lain seperti Volkswagen Golf tetapi tampil dengan imej dan penjenamaan premium.

 

Mercedes-Benz A Class Interior

 

Setelah banyak berjasa kepada Mercedes-Benz, kini tibalah masa A-Class digantikan dengan model baharu generasi ketiga.

Satu yang menarik tentang A-Class generasi kedua ialah interiornya yang sport dan ringkas tanpa mengabaikan identiti sebuah Mercedes-Benz.

Sebelum A-Class generasi ketiga diperkenalkan, Mercedes-Benz telah berkongsi kepada media tentang rekabentuk dalaman model popular ini.

Nampaknya... interior A-Class kali ini sudah melupakan tema sporti yang dibawa dan tampil dengan reka bentuk ala kereta mewah atau ibarat ia dipinjam dari model S Class. Tema yang sesuai ialah avantgarde berbanding sporti yang sudah dibiasakan pada A-Class.

 

Mercedes-Benz A Class Interior

 

Apapun tema kali ini, A-Class generasi ketiga didatangkan dengan skrin yang panjang lebar dan kemudiannya diletakkan di atas papan pemuka ringkas. Suatu padanan yang nampak seperti berlawanan atau mungkin mengambil masa untuk menyukainya.

Corong penyaman udara dengan lampu ambien pula nampak funky untuk kereta sebegini.

Satu kekurangan pada A-Class generasi kedua ialah saiz dalaman yang terhad dan agak kelam dengan tema warna gelap. Untuk A-Class akan datang ini, Mercedes-Benz telah menyemak semula ukuran dengan beberapa penambahbaikan.

Berikut ialah penambahan saiz pada A-Class generasi ketiga:

Ruang bahu - (Depan +9 mm, Belakang +22 mm)

Ruang siku atau lengan - (Depan +35 mm, Belakang +36 mm)

Ruang kepada - (Depan +7 mm, belakang +8 mm)

Ruang bagasi kini lebih mesra pengguna - Bertambah 29 liter kepada 370 liter

 

Mercedes-Benz A Class Interior

 

Lampu belakang kini terdiri dari dua bahagian dan bukan satu bahagian tunggal melintang seperti sebelum ini. Hasilnya ukuran memuatkan barang 20cm lebih lebar manakala lantai ruang bagasi pula 11.5 cm panjang berbanding sebelum ini. 

Selain itu, kerusi belakang juga boleh dilaras lebih tegak supaya sesuai untuk mengangkut barang yang besar dan berkotak. Kadar pemandangan ke luar dari dalam kereta juga lebih jelas iaitu sehingga 10 peratus.

Dengan tema papan pemuka ala kereta mewah, tidak pasti bagaimana rekabentuk luaran disebatikan dengan kereta yang biasa dipandu orang muda dan berjiwa sporti.

Atau ia mungkin mengambil masa sebelum benar-benar diterima.

Penulis: Muhammad Md Tajudin