Menurut Honda Malaysia lagi, front stabiliser bar ini pecah atau retak berkemungkinan disebabkan oleh kawalan suhu yang tidak mencukupi semasa proses pengeluaranya dan ini menyebabkan kekukuhan stabiliser bar tersebut di kompromi dan menyebabkan kerosakan semasa tekanan tinggi. Kerosakan ini berkemungkinan juga akan menyebabkan roda menjadi tidak seimbang, mengakibatkan ketidakstabilan semasa memandu dan kereta akan menarik ke kiri atau kanan.
Sehingga hari ini, tiada kejadian kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan isu ini yang dilaporkan di Malaysia. Walaubagaimanapun Honda Malaysia mengambil langkah pencegahan ini untuk memastikan keselamatan pelanggan dan amat menyesali kesulitan yang dihadapi oleh semua pelanggan yang terjejas.
Semua front stabiliser bar yang terbabit akan digantikan dengan bahagian yang baru. Pada masa ini, Honda Malaysia mempunyai 50% stok penggantian di seluruh negara dan stok 100% pada pertengahan November 2017 ini.
Honda Malaysia ingin memastikan semua pelanggan bahawa syarikat itu komited untuk misi untuk mengekalkan prestasi produk yang terbaik; oleh itu langkah proaktif sedang diambil untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kerosakan atau kemalangan.
Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan, yang akan merangkumi butir-butir pemulangan produk. Pelanggan yang menerima surat itu dinasihatkan menghantar kenderaan mereka ke pusat servis sah Honda yang terdekat untuk pemeriksaan dan penggantian. Semua kos yang berkaitan dengan aktiviti penggantian ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia.
Honda Malaysia juga ingin mengingatkan kepada pelanggan yang terbabit supaya membuat gantian secepat mungkin dan dengan kadar segera tanpa berlengah sebaik sahaja menerima surat rasmi dari mereka.
Sekiranya anda ingin menyemak status kenderaan anda, sila layari laman web rasmi, www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my hari ini atau menghubungi nombor bebas tol Honda 1-800-88-2020