Panduan kepada umat Islam ketika musafir: Jamak dan Qasar

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman, Careta ingin mengucapkan selamat memandu dan semoga perjalanan yang kita hadapi bakal dilindungi oleh Yang Maha Esa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jadi, sebagai panduan untuk kita bersama, Careta sertakan panduan solat jamak dan qasar buat para musafir yang bakal berangkat ke kampung halaman masing-masing. 

Artikel ini disalin daripada laman rasmi Masjid Wilayah Persekutuan.

Makna Jamak ialah dihimpunkan

Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-

"Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
 

Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.

Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
 

Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-

"Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
 


Jamak takdim dan diQasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.


Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".


Niat untuk sembahyang isyak ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir

"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu isyak"


Niat untuk sembahyang isyak ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".
 


Dengan ini, Careta ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.

Maaf Zahir dan Batin, Manual dan Automatik, serta beberapa gearbox yang berkaitan. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, fatwa itu diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor…
Informasi
Ramai antara kita yang sering berjalan jauh atas urusan kerja. Dengan jaringan lebuhraya negara…