Pandu Uji Ringkas - Geely Boyue 1.8T 

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lawatan ke China baru-baru ini membenarkan Careta memandu uji secara ringkas akan Geely Boyue  yang bakal menjadi SUV pertama Proton.

Sebelum kami menulis lebih panjang, biar kami jelaskan dahulu betapa ringkasnya sesi pandu uji itu.

Geely berkata, kami adalah kumpulan media antarabangsa kedua yang pernah melawat mereka di China.

Sebelum ini, sekumpulan media Eropah dibawa melawat sekitar bangunan-bangunan dan pusat-pusat penyelidikan dan pengilangan Geely.

Kami juga mendapat peluang yang sama dan layanan Geely sangat menarik, walaupun sedikit memenatkan kerana kami tidak berhenti-henti mengukur jalanraya.

Seasi pandu uji yang diadakan sangat ringkas kerana Geely masih belum mempunyai litar ujian rasmi mereka.

Oleh itu, sebuah jalanraya sepanjang 2 km ditutup kepada pengguna awam lain (laluan di kawasan itu memang sunyi pun) dan kami dibenarkan memandu sejauh itu  di atas jalanraya yang lebih lurus dari pembaris, buat pusingan U dan kembali ke tempat asal.

 

Boyue1

 

Kami tak berapa pasti bagaimana hendak membuat laporan pandu uji yang panjang atau video pandu uji bebas-poyo, kerana itu inilah laporan ringkas kami selama memandu Boyue itu di laluan lurus tak sampai 5 km.

Kami diberitahu bahawa Boyue yang kami pandu itu menggunakan enjin 1.8-liter dengan pengecas turbo.

Enjin 1,799 cc JLE-4G18TD 16V DOHC dengan sistem turbo direct injection itu mempunyai kod yang mengingatkan kami kepada enjin Mitsubishi.

Kuasa maksimum enjin itu ialah 181 hp pada 5,500 rpm dan tork maksimum pula ialah 285 Nm antara 1,500 - 4,000 rpm.

Transmisi ialah dari jenis tork converter automatik, 6-kelajuan sementara pacuan hanya kepada roda hadapan (2WD).

Sistem gantungan pula ialah dari jenis pegas MacPherson di hadapan dan "trailing-arm" di belakang.

Stereng menggunakan sistem berkuasa elektrik atau EPS (elektric power steering).

 

Boyue 2

 

Bentuk luaran sebenarnya subjektif, tetapi boleh dikatakan ia tidak begitu kontemporari seperti model-model sekarang. Kami diberitahu akan ada "facelift" sekiranya Boyue diperkenalkan di Malaysia.

Rekabentuk Boyue dihasilkan di Gothenburg dengan beberapa elemen yang sesuai untuk pasaran domestik China.

Antara ciri luaran yang penting bagi sebuah SUV Geely ialah garisan tingkap sisi paling belakang yang mempunyai lekuk, gril "cosmos" dengan 6-elemen dan glass-area yang menipis di belakang.

Bahagian dalaman lebih neutral, dengan pemegang pada konsol tengah yang memang satu cubaan untuk mengingatkan penumpang akan sebuah SUV mewah Eropah.

 

Boyue 3

 

Paparan meter lebih kepada jenis LCD berwarna, namun jenis huruf yang digunakan dan juga grafik mungkin tidak sesuai dengan Malaysia kerana mengingatkan kita pada paparan LCD pada barangan buatan China yang lain - skuter mampu milik, mainan di Nilai 3 dan kerusi urut di R&R. Perlu diubah bagi menepati citarasa Malaysia yang lebih "advanced".

Saiz Geely Boyue ini lebih mirip kepada Mazda CX-5, tetapi Boyue pendek dan kurang lebar sedikit.  Boyue cuma 24 mm lebih tinggi dari CX-5, membuatkan ia nampak kurus sedikit.

 

Boyue 5

 

Lampu hadapan dan belakang memang modern, terutama lampu belakang. Lampu hada[an lengkap dengan DRL dari jenis LED dan ini bakal menggembirakan rakyat Malaysia yang sukakan lampu DRL.

Tempat duduk belakang memang luas, dan seperti tradisi kenderaan China, tempat lega kaki memang sangat panjang. 

Dari segi pemanduan, ia tidak begitu pantas walaupun berenjin turbo. Cukup dikatakan memadai kerana fungsi turbo yang ada pada Boyue ini bukan untuk kuasa seperti model Subaru Forester dengan turbo tekanan tinggi.

Ia lebih kepada pecutan awal dan untuk mendapatkan kadar pelepasan asap yang lebih rendah.

 

Boyue 6

 

Turbo pada Boyue cukup untuk pemanduan santai disamping masih boleh untuk memecut dengan deras di lebuhraya.

Dari segi sistem gantungan, fungsi menyerap lubang atau bonggol terasa baik walaupun terus-terang mengatakan Proton terasa lebih "solid".

Kawalan ketika selekoh sukar dikongsi kerana jalanraya itu lurus dan hanya ada pusingan U kecil di setiap hujungnya.

"Feedback" kerangka, stereng dan sebagainya dirasakan memadai kerana Careta perlukan pandu uji yang lebih lengkap agar maklumat tepat dapat disampaikan kepada rakan-rakan di Malaysia.

 

Boyue7

 

Semasa kelajuan melebihi 110 kmsj, ruang kabin tidak begitu bising - umpama sebuah kenderaan Jepun yang setanding dengannya. Gegaran dan bunyi angin juga sangat minima dan kemasan dalam yang baik menyerlahkan lagi keselesaan Boyue yang bermaksud Mengatasi Kehebatan itu.

Fungsi dan aksesori pada Boyue ini bergantung kepada spesifikasi dan pasaran. Ia boleh datang lengkap dengan sistem keyless, sistem Start Stop dan sebagainya.

Adakah ia sesuai untuk dibawa balik dan dipasang dengan logo Proton? 

Pada pendapat kami, berdasarkan pandu uji ringkas itu, tidak ada salahnya. Cuma seperti yang dikatakan awal-awal rencana ini, sedikit penambah-baikan dari segi rekabentuk luaran dan panel meter serta mungkin pecutan awal perlu dikaji semula.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…