Pandu Uji - Kia Sportage GT Line

oleh Careta.my|
Nampaknya, perjalanan syarikat pengeluar kenderaan dari Korea Selatan ini terus ke hadapan dengan model-model baharu mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari aspek rekaan, rasanya semua sedia maklum, Kia sudah mendapat 'resepi' yang berkesan untuk menarik pengguna dalam sasaran mereka. Tetapi, selepas memandu Kia Sportage GT Line yang baru sahaja dilancarkan bulan lalu ini, penulis mendapati lebih banyak lagi perkara positif tentang jenama kereta yang pantas berkembang ini. Kia Sportage GT Line-7 Paling menarik adalah pemanduannya. Penulis faham, SUV kompak seperti Sportage ini bukanlah sebuah kenderaan prestasi yang sering dinilai daripada aspek itu, tetapi, segalanya terasa seperti berada dalam tetapan yang betul. Walaupun bukan kenderaan prestasi, seseorang pemandu pasti mahukan tindak balas yang memuaskan pada kenderaan mereka, dan ia boleh didapati pada Kia Sportage baru. Jika pada Sportage sebelum ini contohnya, tindak balas stereng terlalu ringan dan sensitif. Tetapi kini, sistem stereng kuasa bermotor pada model baru ini sudah diperbaiki. Kia Sportage GT Line-19 Seterusnya, penyampaian kuasa. Enjin 2.0 liter yang digunakan cukup untuk memacu kenderaan dalam pelbagai keadaan. Malah, transmisi automatik enam kelajuan konvensional yang digunakan juga bertindak baik dalam penukaran gear. Jika dipandu santai contohnya, ia akan menukar gear pada kadar yang lebih cepat dan rpm rendah, manakala apabila dipandu agresif pula, ia akan bertahan sehingga kadar rpm yang lebih tinggi. Tetapi, sudah tentu, apabila enjin dikerah sebegitu, bunyinya raungannya akan kedengaran sampai ke dalam kabin. Walaupun begitu, ia masih boleh diterima. Perkara seperti ini sukar digambarkan melalui perkataan, tetapi anda harus tahu masih ada transmisi kenderaan yang tidak dapat memberi tindak balas yang baik dan ada kalanya membuatkan pemanduan menjadi kurang selesa. Bagi Kia Sportage baru ini, ia sekaligus menunjukkan kerja baik yang dilakukan oleh jurutera yang membangunkannya. Sekiranya anda ingin merasai perkara ini sendiri, pergilah ke pusat pameran Kia dan pandu uji model ini. Kemudian, beritahu kami apa pendapat anda. Kia Sportage GT Line-37 Model yang anda lihat ini adalah varian GT Line, yang terletak lebih tinggi daripada varian KX dan mempunyai harga lebih RM20,000. Ini disebabkan oleh kelengkapan lebihan yang ada padanya, termasuk:

  • rim 19 inci
  • lampu HID
  • lampu siang (DRL) LED
  • lampu kabus LED
  • lampu belakang LED
  • lampu penunjuk arah di cermin sisi
  • cermin sisi boleh lipat
  • cermin hadapan Solarband
  • sistem kemasukan tanpa kunci
  • butang pemula enjin elektronik
  • kemasan badan tambahan
  • panel instrumen 4.2 inci
  • tempat duduk dan kemasan kulit
  • kawalan pendingin hawa automatik dan elektronik
  • pedal penukar gear di stereng
  • stereng berbentuk D-Cut
  • pengesan hujan untuk pengelap cermin automatik

Kia Sportage GT Line-25 Jika dilihat pada bahagian dalamnya, anda akan dapat menikmati suasana yang menyenangkan, sementara bahan yang digunakan juga nampak berkualiti. Kia Sportage GT Line-23 Ruang juga bukan satu isu pada Kia Sportage baru. Dari kepala sampai ke kaki, bagi dewasa bersaiz biasa, anda tidak akan bermasalah untuk kekal selesa. Malah, corong pendingin hawa tersendiri juga disediakan untuk penumpang belakang. Untuk ruang simpanan, ia cukup luas walaupun mempunyai tayar simpanan saiz penuh di dalamnya. Jika masih tidak mencukupi, tempat duduk belakang boleh dilipat 60:40 sehingga rata. Kia Sportage GT Line-22 Untuk aspek keselamatan, Kia Sportage baru lengkap dengan ciri-ciri:

  • Enam beg udara (berkembar hadapan, bidai dan sisi)
  • pengesan jarak hadapan dan belakang
  • ISOFIX
  • Tire Pressure Monitoring System (TPMS)
  • Electronic Stability Control (ESC), Vehicle Stability Control (VSM) Anti-Lock Braking System (ABS), Hill-Assist Control (HAC), Emergency Stop Signal (ESS)

Ketahui lebih lanjut berkenaan Kia Sportage di laman Naza Kia dan saksikan galeri gambarnya di bawah. Kia Sportage GT Line dijual pada harga RM141,888 (atas jalan termasuk GST dan insurans di Semenanjung Malaysia) bersama jaminan lima tahun tanpa had batuan. Kia Sportage GT Line-1   ]

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…