Pandu Uji Brabus G700 6X6 - dengan Galeri Gambar

oleh HEZERI SAMSURI|

Naza Brabus yang berpengkalan di Glenmarie telah diberikan kepercayaan untuk menjual kesemua stok Brabus G700 6X6 versi panduan sebelah kanan (right hand drive).

Brabus G700 6X6 yang dibina berasaskan model Mercedes-Benz G63 AMG 6X6 mempunyai kuasa kuda dan tork yang lebih tinggi dari model AMG itu sendiri.

Sebelum ini, Brabus G700 6X6 sudah pun diperkenalkan di Eropah tetapi kesemuanya menggunakan orientasi panduan sebelah kiri. Naza Brabus telah berjaya meyakinkan Brabus yang beroperasi dari Jerman untuk membina sejumlah 15 unit panduan sebelah kanan untuk model gergasi tersebut.

37-BRabus G700 6X6 No Effect-37

Careta.my telah diberi kepercayaan untuk memandu-uji model tersebut, dan kemungkinan menjadi media pertama di dunia yang memberi laporan pandu uji model panduan sebelah kanan untuk G700 6X6 ini.

Di bawah ialah fakta yang anda perlu ketahui mengenai gergasi sensasi tersebut.

  • Dibina berasaskan badan Mercedes-Benz G-Class, atau G-Wagen, atau Geländewagen, yang bermaksud kenderaan rentas desa (cross country)
  • Model 6X6 G-Wagen pernah dibina untuk tentera, dan Mercedes-Benz menggunakannya semula untuk model 6X6 awam ini
  • Model Mercedes-Benz G63 AMG 6X6 menghasilkan 536 hp dan 760 Nm dari enjin 5.5 liter V8 bi-turbo DOHC 32-injap yang ditala oleh AMG
  • Model Brabus G700 6X6 menggunakan enjin yang sama, tetapi pengecas turbo ditukar kepada yang lebih besar, downpipe ditukar ke saiz yang lebih besar dan catalytic converter turut digantikan dengan unit yang kurang back pressure. Program ECU turut ditukar, dan hasilnya, Brabus G700 menjana 690 hp dan 956 Nm.
  • Tork terpaksa dihadkan ke 956 Nm untuk memastikan sistem transmisi tidak ranap kerana kuasa yang dikeluarkan
G700 1

 

  • Kelajuan maksima hanya 160 kph, dan ia sememangnya dihadkan kerana penggunaan tayar MT (Mud Terrain) yang hanya mampu pergi selaju itu.
  • Transmisi ialah AMG Speedshift Plus 7G-Tronic automatik dengan pacuan enam roda. Ia masih ada lower transfer case seperti sebuah jentera off-road kental.
G700 5

 

  • Brabus menggunakan balutan emas tulen untuk paip kemasukan turbo agar suhu udara sentiasa rendah
  • Brabus G 700 6X6 mungkin nampak berat tetapi ia sangat pantas - pecutan 0 ke 100 kmj ialah dalam 7.4 saat, 0.4 saat lebih pantas dari AMG.
G700 2

 

  • Brabus G700 6X6 mempunyai berat kerb 4,100 kg, iaitu 5 kg lebih ringan dari versi AMG.
  • Penggunaan minyak ialah 21L/100km. Tetapi Brabus G700 6X6 ada dua tangki bahanapi - tangki standard sebesar 91 liter dan tangki tambahan sebesar 60 liter. Kedua muncung pengisi berada di tempat yang sama.
G700 6

 

  • Brabus G700 6X6 mempunyai kebolehan untuk merendahkan tekanan udara tayar dengan menggunaakan suis dari dalam kabin. Ia membantu memberikan lebih cengkaman untuk keadaan berpasir. Ia juga mempunyak kompresor udara sendiri untuk mengepam kembali udara masuk ke dalam tayar.
  • Brabus G700 6X6 ini selebar 2.11 meter dan setinggi 2.21 meter. Ia memang gergasi!
  • Saiz tayar ialah 37 x 12.5 x 18 inci
G700 3

 

  • Di belakang ialah tempat letak barang ala lori pikap, tetapi dihuni oleh tayar simpanan. Ia juga dipalik oleh bamboo wood, kayu yang digunakan untuk kapal layar mewah
  • Bahagian kabin sangat mewah, dan penuh dengan tambahan aksesori Brabus.
  • Cara pemanduan sangat mudah dan seperti memandu kenderaan lain. Malah, kalau parking bukan masalah, anda boleh memandunya setiap hari.
G700 8

 

  • Bunyi garang ekzos Brabus G700 6X6 sangat menggiurkan dan bergema. Untuk yang mahu balik ke rumah lewat malam tanpa mengejutkan jiran tetangga (atau yang tidak mahu isteri tersedar dari tidur), tekan satu butang pada stereng dan injap ekzos ditutup separuh untuk menurunkan kadar bunyi. Mungkin Harley-Davidson boleh belajar sesuatu dari konsep ini.
  • Harga sebelum cukai untuk Brabus G700 6X6 ini bermula dari RM3.35 juta, sebelum cukai dan lain-lain caj perkhidmatan. Careta menganggarkan jumlah keseluruhan untuk didaftarkan di Malaysia menghampiri atau melebihi RM5 juta.

Tonton pandu uji Careta untuk model istimewa ini!

Lihat koleksi gambar ketika pandu uji Careta di galeri di bawah!

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara perubahan yang ketara boleh dilihat pada trak pikap ini ialah penggunaan roda bersaiz 20…
Informasi
Sebut AMG, kita terbayang model-model berkuasa dari Mercedes-Benz. AMG sebenarnya berasal dari…