"Berdasarkan rakaman video itu menunjukkan kereta tersebut dipandu melawan arus dari arah Teluk Kemang menghala ke Seremban.
"Bertindak atas maklumat, pada jam 2 pagi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson telah membuat tangkapan terhadap pasangan berkenaan yang terlibat sebagai pemandu dan penumpang, di kediaman mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya, hasil soal siasat kedua-dua suspek memaklumkan bahawa kenderaan mereka mengalami masalah di bahagian enjin dan tindakan memandu melawan arus itu adalah untuk mencari bengkel bagi membaiki kenderaan tersebut.
"Kedua-duanya ditahan dan sebuah kereta yang dirakam dalam video tular itu dirampas untuk tindakan lanjut.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melanggar peraturan lalu lintas yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
"Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati melalukan kesalahan berkenaan," katanya.
Video tular dengan kapsyen ' bahayakan orang lain, Lebuhraya Seremban-Port Dickson' itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pelayar media sosial itu.
- semakin menjadi-jadi penyakit lawan arus ni! -