Pameran Malaysia AutoShow - jadi teraju industri

oleh HEZERI SAMSURI|
Pameran automotif Malaysia AutoShow 2017 yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang sejak Khamis sehingga malam ini.

Ia meliputi tiga dewan pameran, laluan pandu uji sejauh 3km, kawasan offroad, litar pemanduan autonomous dan sistem keselamatan, simposium dan lebih dari 170 syarikat yang mempamerkan produk mereka.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malaysia Autoshow ialah pameran automotif yang terbesar di dalam negara kita dan sekiranya kita lihat dari gerai pameran syarikat-syarikat, kita sudah boleh melihat ada kemajuan dari segi pelaburan yang dilakukan oleh mereka.

Honda Malaysia mempunyai kawasan pameran dalam dewan A dan ia mempunyai setup paling besar dan paling tinggi.

Ini diikuti oleh Perodua dan Toyota yang turut membina kawasan pameran yang luas dan menarik.

Perlu diingat, pameran automotif Malaysia sudah lama tenggelam timbul. Walaupun kita sudah mempunyai syarikat kenderaan nasional, mampu membina kenderaan kita sendiri dan menghasilkan vendor-vendor bertaraf dunia, pameran automotif kita masih ke belakang.

Antara puncanya ialah negara kita tidak mempunyai pasaran sebesar negara jiran kita. Jumlah penduduk kita tidak seramai mereka dan ini ditambah dengan pengembangan penduduk berpedapatan sederhana di negara Thailand dan Indonesia yang semakin mampu membeli kenderaan.

Akibatnya, pelancaran kenderaan kebanyakannya dilakukan di dua negara tersebut.

Ini bukan bermaksud kita akan terus mengalah. Di bawah Malaysia Automotive Institute atau MAI, sebuah agensi Kementerian Perdanganan Antarabangsa dan Industri (MITI), pelbagai usaha dilakukan untuk membantu syarikat kenderaan berkumpul dan bergabung di bawah satu bumbung untuk menunjukan produk-produk mereka kepada rakyat.

Pameran AutoShow kali ini menunjukan perkembangan yang sihat antara syarikat kenderaan. Honda Malaysia, Perodua dan Toyota memang menunjukan komitmen besar dengan pelaburan yang tinggi untuk menghasilkan gerai pameran yang canggih.

Sebelum ini, gerai pameran lebih kepada cara minima sahaja dan sering dipanggil seperti pertunjukan shopping complex.

Kali ini, ia lebih meriah, lebih cantik dan lebih gah.

Ia jauh dari sempurna tetapi arah tujuan sudah mula nampak dan apa yang MAI perlu lakukan ialah memperbaiki mana-mana kekurangan dan kita sebagai peminat automotif harus terus menyokong dengan melawat pameran sebegini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara ini turut meraikan tahun ke-20 Anugerah Malaysian Car of The Year (COTY) sebagai penghormatan…
Berita Domestik
  Dia yang bekerja sebagai mekanik mendakwa membelanjakan lebih RM15,000 untuk mengubah suai…