Pakej pampasan RM34.7 juta untuk Carlos Ghosn bagi tahun 2017

oleh HEZERI SAMSURI|
Pemegang-pemegang saham Renault semalam bersetuju untuk memberikan pakej pampasan sebanyak Euro 7.4 juta atau RM34.7 juta untuk CEO syarikat itu, Carlos Ghosn.

Mereka juga bersetuju untuk meneruskan kontrak Ghosnsebagai CEo Renault untuk empat tahun lagi. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun begitu, Ghosn sebelum ini telah bersetuju untuk potongan gaji sebanyak 30 peratus bagi tahun 2018 untuk mendapat sokongan dari kerajaan Perancis. 

Kerajaan Perancis sekarang ini mula memberi tekanan kepada Ghosn untuk memastikan kesatuan tiga jenama kenderaan Renault-Nissan-Mitsubishi lebih telus agar boleh terus bertahan dalam masa akan datang.

Buat masa sekarang, pecahan saham antara tiga syarikat itu ialah:

  • Renault mempunyai 43.4 peratus saham dalam syarikat Nissan.
  • Nissan mempunyai 34 peratus saham di dalam Mitsubishi
  • Nissan mempunyai 15 peratus saham di dalam Renault  -tanpa hak mengundi

Ghosn yakin akan hadir dengan plan tindakan yang terbaik untuk gabungan ketiga-tiga syarikat tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…
Berita Global
Renault Arkana 2021   Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil …
Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…