Malah, Ferrari sendiri memilih nama Pacco Gara dan dari gambar yang dikongsi, kehalusan buatan The Little Car Company menggagumkan.
Edisi istimewa Pacco Gara membawakan komponen khas untuk Testa Rossa J seperti rangka keselamatan (roll cage) sebagai perlindungan tambahan.
Rangka keselamatan itu jenis bolt-on dan boleh ditanggalkan sekiranya pemilik mahu kembali kepada spesifikasi standard.
Turut ditawarkan tali pinggang keledar perlumbaan Sabelt yang diikat pada casis dan rangka di belakang pemandu (rollhoop).
Benar serius apabila tali pinggang keledar Sabelt digunakan pada kereta lumba Formula Satu Ferrari.
Sama seperti 250 Testa Rossa, kereta junior ini dilengkapi cermin sisi sebelah pemandu dan lampu sorot yang kena pada eranya (period-correct).
Turut dibekalkan penutup tempat duduk sisi seperti model sebenar dan menggunakan kulit yang sama digunakan Ferrari.
Bahan itu juga digunakan pada bahagian dalaman dan ditawarkan dalam warna merah atau hitam.
Selain penampilan, pembuat kereta ini serius untuk memastikan pemandu merasai 'feel' kereta sebenar dengan memasang suspensi boleh laras dan brake bias.
Dua komponen itu membolehkan pemandu membuat pelarasan mengikut kesesuaian sendiri dan menariknya menggunakan cakera brek jenis berongga.
Menepati spesifikasi Pacco Gara, nadi elektrik asal Testa Rossa J ditingkatkan dari 16 bhp kepada 19 bhp (14kW) melalui naik taraf perisian.
Apa lagi yang dibuat? Rak stereng diubah untuk nisbah lebih cepat supaya lebih responsif dan ala kereta litar!
Penulis: Muhammad Md Tajudin