Outlander baharu mungkin mendarat di UK, terima kasih kepada SsangYong!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi baru-baru ini telah pun memperlihatkan gambar teaser bagi model SUV generasi baharu Outlander yang bakal mula dijual di pasaran seperti US, dan Kanada bermula tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, melihatkan kepada keputusan Mitsubishi untuk keluar dari pasaran Eropah, SsangYong melihat perkara ini sebagai satu peluang besar untuk mengukuhkan kehadiran mereka di sana.

Menurut laporan daripada Auto Express UK, perbincangan antara Bassadone Automotive Group (syarikat induk SssangYong GB) dan Mitsubishi Corporation sedang berjalan bagi membincangkan hak pengedaran kenderaan Mitsubishi di UK.
 


Apa yang diketahui, Mitsubishi Outlander bakal mempunyai banyak pengaruh daripada model konsep Engelberg Touring, seperti muka hadapan Dynamic Shield yang lebih berani, serta sistem plug-in hybrid yang menampilkan teknologi bateri dan motor elektrik baharu.

Namun, Outlander PHEV tidak akan dijual sehingga tahun 2022 bagi memberikan laluan kepada versi petrol dan diesel terlebih dahulu, dan sehingga kini tiada sebarang spesifikasi lanjut didedahkan oleh Mitsubishi.

 


Berdasarkan model konsep Engelberg Tourer yang diperlihatkan sebelum ini, ia menampilkan sistem PHEV yang telah dikemaskini terdiri daripada enjin 2.4 liter yang dipadankan dengan motor elektrik berkembar dan pek bateri yang lebih besar berbanding unit sedia ada (20 kWh).

Menurut Mitsubishi, sistem ini telah pun disahkan mampu menawarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 69 km tanpa menelan setitik petrol.

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna tiada lagi kehadiran jenama tersebut untuk pasaran Eropah, namun bagaimana pula dengan…
Berita Global
Rekod itu berjaya mengalahkan catatan terdahulu dengan kelebihan sebanyak £1,100 (RM6,305). Lebih…
Berita Global
Antara yang mencuri tumpuan adalah model pertama yang didaftarkan oleh Mitsubishi di United Kingdom…