Outback baharu dengan teknologi EyeSight dilancarkan di Singapura

oleh HEZERI SAMSURI|
Merdeka Bonanza

Motor Image, pengedar eksklusif kenderaan jenama Subaru di sembilan negara di Asia hari ini melancarkan Outback dengan teknologi EyeSight di Singapura.

Outback yang dilancarkan diberi sedikit pembaikan, seperti panel dan kemasan yang lebih mewah serta skrin LCD sesentuh 8-inci.

 

Juga baharu ialah soket USB untuk barisan tengah, mirkofon tambahan untuk sistem handsfree yang lebih baik, fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, voice recognition, bamper dan gril depan baharu serta roda aloi bentuk turbin yang lebih aerodinamik dan lebih ringan.

Enjin yang digunakan ialah 2.5L boxer DOHC 16 injap 4-silinder petrol dengan 175 PS dan 235 Nm. Transmisi ialah Lineartronic CVT lengkap dengan X-Mode untuk jalan off-road ringan.

 

CVT itu juga memberikan pilihan manual 7-kelajuan dan diubah agar memberikan operasi yang lebih senyap dan menjimatkan bahan api.

Penggunaan bahan api ialah pada 7.7L/100km dan tangkinya memuatkan 60 liter.

 

Seperti Subaru XV Premium, lampu hadapan ialah jenis LED dan datang dengan Steering Responsie Headlights atau SRH yang membolehkan lampu itu mengikut pergerakan stereng. 

Outback merupakan sebuah SUV segmen C yang serba mewah dan kedudukannya di dalam segmen Subaru ialah ia lebih tinggi harganya dari Forrester.

 

Bakal dilancarkan di Malaysia dalam bulan Jun atau Julai, Outback ialah pilihan premium untuk mereka yang sudah bosan dengan pilihan yang ada di pasaran sekarang dan juga untuk mereka yang benar-benar mahukan sesuatu yang mewah tetapi lasak.

Tiga warna ditawarkan di Singapura; Hijau Metalik Wilderness, Merah Pearl Crimson dan Coklat Pearl Oak.

 

outback boot

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada jalan pandu uji yang kadang kala sibuk, ia juga bergantung kepada kemurahan hati…
Berita Global
Koleksi setem tersebut dibahagikan kepada dua era, iaitu Volume 1 yang menampilkan kereta produksi…
Berita Domestik
Bermula dari sekarang sehingga 18 Ogos 2018, kesemua kenderaan yang belum berdaftar serta tempahan…