Ops Selamat 13: Cuai, memandu secara bahaya punca kemalangan maut

oleh Mohamad Hanif|
KUALA LUMPUR: Hilang kawalan ketika memandu akibat kecuaian dan memandu secara melulu antara sebab 142 kes kemalangan daripada sejumlah 235 kes yang dilaporkan ketika Ops Selamat yang ke-13 sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaubagaimanapun, kadar kematian mencatatkan penurunan sebanyak 4 kes atau 1.7% berbanding rekod yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu. 

Menurut Ketua Polis Negara Tan Seri Fuzi Harun berkata, sebanyak 22,411 kes kemalangan dicatatkan ketika Ops Selamat musim ini berbanding 22,402 kes yang dilaporkan tahun lalu. 

"142 kes kemalangan dilaporkan berpunca daripada pemanduan yang cuai serta menukar laluan ke arah bertentangan tanpa melihat dengan teliti terlebih dahulu," tambah beliau. 

"Statistik menunjukkan 148 kes melibatkan penunggang motosikal, 74 kes melibatkan kereta, pejalan kaki (12 kematian), lori (4 kematian), van (1), bas (1) dan lain-lain dengan tujuh kes kematian dicatatkan," beliau berkata kepada sidang media ketika Ops Selamat berakhir. 

Tambah beliau, sebanyak 343,863 saman dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Selamat membabitkan pelbagai kesalahan, termasuklah kes penyalahgunaan dadah (48 kes).