Operator sekolah memandu diberi amaran jangan tawar rasuah untuk kelulusan PSV

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi amaran kepada operator-operator sekolah memandu untuk menawarkan rasuah bagi kelulusan lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV) atau lesen kenderaan perdagangan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Anthony berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk bertindak, termasuk menarik lesen operasi mereka sekiranya terbukti mereka mengumpan rasuah untuk mendapat kelulusan permohonan.

Beliau juga berkata kementerian sedang memantau operator-operator tersebut dan juga kakitangan yang terbabit.

"Jangan menguji kesabaran saya dan pihak kementerian," beliau memberi amaran kepada institusi sekolah memandu. 

Anthony hadir untuk merasmikan pejabat operasi MyCar di Negeri Sembilan semalam.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…