Operasi Tramline - banteras gejala pemandu lalai di atas jalan

oleh Mohamad Hanif|
Sudah lebih setahun sejak perlaksanaan larangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu dibuat di UK.

Namun begitu, statistik menunjukkan sekurang-kurangnya seorang maut di dalam 10 hari disebabkan kecuaian pemandu ketika berada di atas jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi menjejak pemandu yang masih berdegil di atas jalan, pasukan polis UK dengan kerjasama Highways England telah melancarkan satu pasukan tanpa bertanda (unmarked team) yang terdiri daripada sebuah lori, beberapa buah kereta peronda MPV, dan sebuah motorsikal peronda.

 


Antara sebab kenapa lori yang besar digunakan sebagai senjata utama mengesan pesalah trafik disebabkan posisinya yang tinggi memudahkan rakaman dijalankan dari atas kabin. 

Apabila pegawai di atas lori polis dapat mengesan pesalah laku trafik, beliau akan menghantar isyarat kepada pasukannya yang berada di dalam kereta MPV dan motorsikal peronda supaya menjejaki kenderaan pesalah untuk tindakan selanjutnya. 

Penggunaan lori polis besar di dalam pasukan yang tidak bertanda ini telah dimulakan sejak tahun 2014 dengan hanya satu unit sahaja di dalam operasi permulaan. 

Namun begitu, pasukan ini telah mengesan lebih 4,000 kesalahan trafik di dalam masa dua tahun semenjak Operasi Tramline ini dilaksanakan. 

 


Sehingga kini, terdapat tiga buah lori polis yang masing-masing diletakkan di bahagian utara, kawasan tengah dan juga selatan England bagi menjalankan kerja-kerja perondaan mengesan pesalah trafik. 

Menurut pegawai yang bertugas, jumlah itu mungkin dilihat tidak mencukupi untuk merangkumi keseluruhan rangkaian lebuh raya di sana, tetapi "kami ingin menimbulkan kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati di atas jalan."

Sumber: AutoExpress UK

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Berita Global
Antara model Proton yang sudah pun lama dihentikan produksinya disebabkan oleh kurang permintaan,…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…