Operasi feri Langkawi-Kuala Perlis dihentikan 1 hingga 2 Mac

oleh Hamimah Hamid|
PERKHIDMATAN feri bagi laluan pergi balik Langkawi – Kuala Perlis akan dihentikan sementara waktu pada 1 dan 2 Mac depan.

Operasi tersebut terpaksa dihentikan berikutan paras air laut di alur pelayaran Kuala Perlis dijangka berada di bawah paras 1.6 meter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Venture Sdn Bhd., Kapten Dr Baharin Baharom berkata keadaan paras air itu mungkin akan menyebabkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri.

 

"Penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pada 1 dan 2 Mac depan. Terdapat lima masa perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah iaitu pada 7.30 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam.

 

"Manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi, masa perjalanan adalah pada 7 pagi, 10.30 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam," katanya.

 

Tambah Dr Baharin, semakan dan tempahan tiket secara dalam talian boleh dilakukan melalui aplikasi 'Cuti-Cuti Langkawi'.