Di Eropah, ia ada dijelmakan semula sebagai Rocks-e oleh Opel sebagai tambahan ke dalam keluarga Sustainable Urban Mobility (SUM), dan kini ia didatangkan dalam versi Kargo.
Tidak seperti model Rocks-e, Opel Rocks-e Kargo ini direka untuk penghantaran barangan seperti makanan atau kurier pada jarak dekat tanpa mencemarkan alam sekitar, dengan ruang kargo fleksibel sebesar 400 liter.
Disebabkan ruang kargo yang boleh dilaraskan, Rocks-e Kargo mampu memuatkan barangan sepanjang 1.2 meter, dengan had beban seberat 140 kg sahaja.
Malah, disebabkan klasifikasinya sebagai kuadrisikal di Eropah, ia tidak memerlukan lesen memandu.
Sama seperti Rocks-e, Rocks-e Kargo didatangkan dengan motor elektrik berkuasa maksimum 12 hp, dengan pek bateri 5.5 kWh yang membenarkan jarak pemanduan sejauh kira-kira 75 km untuk sekali cas penuh.
Masa pengecasan hanyalah sekitar 4 jam sahaja sekiranya menggunakan soket standard di rumah.
Sebagai makluman, kembarnya Citroen Ami boleh didapati dalam beberapa cara, seperti pembelian tunai, khidmat sewa jangka panjang, atau perkhidmatan perkongsian kenderaan mengikut tempoh penggunaan.